DIAMPUNKAN DOSA KERANA SEEKOR ANJING


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud : “ Ketika seorang lelaki sedang dalam perjalanan, ia berasa dahaga. Lantas ia masuk ke dalam sebuah telaga yang dalam, lalu minum air di dalamnya. Setelah dia keluar didapatinya seekor anjing di tepi telaga sedang menjelirkan lidahnya dan menjlat-jilat tanah lembap kerana kehausan. Orang itu berkata : “Anjing ini merasakan apa yang baru sahaja saya rasakan”. Kemudian ia kembali turun ke dasar telaga untuk mengmbil air. Dia telah mengisi kasutnya dengan air lalu membawa naik dengan menggigit kasutnya itu. Sesampainya di atas ia memberi minum anjing tersebut. Kerana perbuatannya itu Allah s.w.t. berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya.”. Para sahabat bertanya, “ Wahai Rasulullah, adakah jika kami mengasihi binatang, kami juga akan mendapat pahala?” Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Berbuat baik kepada setiap makhluk  pasti mendapat pahala.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


                Pengajaran-pengajaran yang dapat diambil :

  • Kita dianjurkan untuk sentiasa berbuat baik walaupun kepada haiwan.
  • Syura adalah tempat yang penuh nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-hambaNya yang beramal soleh di dunia ini. Walaupun sesuatu amalan itu nampak kecil tetapi ianya besar dan bernilai di sisi Allah s.w.t. seperti contoh memberi minum air kepada seekor anjing yang kehausan sehingga Allah mengampunkan dosa hamba Allah yang memberi bantuan tersebut dan dimasukkan ke dalam syurga.

0 comment: