.:: Pengalaman berada di Pondok Pasir Tumboh ::.

Madrasah Ad-diniah Al-bakriah (pondok pasir tumbo)



Alhamdulillah,syukur kepadanNYA atas segala rahmatNYA.bersyukur juga pada ALLAH TAALA kerana member kita peluang dan ruang untuk kita  terus mengabdikan diri padaNYA disamping bekerja keras atas segala rahmatNYA.

Alhamdulillah,baru-baru ini ana diberi peluang oleh ALLAH TAALA untuk mengaji di sebuah pondok yang terkenal di Kelantan atau lebih terkenal dengan panggilan Serambi Mekah.Cuti yang ada ana cuba guna dengan sebaik mungkin walaupun dalam kepala ni penuh dengan pelbagai rencana yang ingin dilakukan.Alhamdulillah,ALLAH menempatkan ana untuk untuk tinggal sebentar bagi mengecapi nikmat-nikmat menunutut ilmu-ilmu pondok.

Niat sebenar mahu mengulang Al-Quran yang sudah menjadi tanggungjawab bagi seorang yang bergelar seorang “ Hamalatul Al-Quran”  untuk mengingatinya semula setelah lama bergelar Graduan Darul Quran JAKIM.

“ Membaca Al-Quran bagi orang awam adalah satu perkara yang disunatkan,tetapi bagi seorang huffaz,membaca apatah lagi mengulangnya adalah satu KEWAJIPAN”

Kenanagan ku bersama mu tidak akan ku lupakan

Sesudah sampai di perkarangan Pondok Pasir Tumboh,Kelantan,ana terus bersiap-siap untuk mendaftar.datang dengan hanya ditemani sahabat cukup-cukup menguji ana apatah lagi ini adalah pengalaman pertama merasa kehidupan sebagai seorang pelajar pondok.Yurannya hanyalah RM16 bagi satu bulan.daku ditempatkan di sebuah pondok sementara yang terletak betul-betul belakang pejabat pondok ini.

Pondok sementara yang hanya diberi pinjam sementara mencari pondok yang tetap
Walaupun tidak mewah, tapi cukup bermakna
Di hadapan pondokku


Pondoknya tidaklah terlalu usang dan tidaklah terlalu moden.Bagiku,kehidupanku di pondok ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan diriku bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara dan sedikit sebanyak daku dapat merasa sedikit rasa kesusahan yang mungkin dialami oleh golongan yang tidak berkemampuan. Ana x berkesempatan intuk mempelajar banyak kitab-kitab kerana hanya menumpu pada proses pengulangan Al-Quran.

Di hadapan pintu gerbang Pondok pasir Tumboh
Alhamdulillah, suasana yang tidak pernah ana lalui selama ini sungguh member inspirasi pada ana untuk terus menulis betapa pentingnya ilmu di dada kerana tanpa ilmu yang bermanfaat lagi berkat, ia yidak akan dapat mengubah diri kita biar pun sudah mempelajarinya sekian lama.Pada waktu pagi, kami semua pelajar-pelajar pondok akan berzikir sehingga pukul  7.30 pagi di masjid. SubhanAllah,melihad guru yang “conduct” zikir bersungguh membuatkan kami semua khusyu’ dan merasa dekat padaNYA.

Suasana kehidupan di pondok sungguh membawa banyak pengertian dalam kehidupan seseorang.Bagi yang mahu merasa dan mendidik diri agar dapat belajar secara berdikari, ana syorkan balajarlah di pondok.InsyaALLAH, jika kita ikhlas banyak manfaat yang kita menduga akan kita temui.

Pondokku di sana.
Semak sikit, lupa nak kemas...
Kawasan perkarangan msjid Pondok Terusan Limpat (pondok pasir tumboh)

“ dalam kehidupan ini, walau sesenang manapun kita, kita mesti merasa bagaimana Rasanya kehidupan orang yang susah.Kerana, tanpa pengalaman ini, kita tidak mungkin akan merasa bagaimana golongan yang sedang mengalami kesusahan dan InsyaALLAH, kita akan mudah merasa syukur akan segala nikmat yang diberiNYA walaupun sedikit”

Alhamdulillah, penuntut di sana semuanya baik dan peramah.Apabila ditanya tentang sesuatu perkara, mereka semua tidak lokek untuk berkongsi walaupun dengan sesuatu perkara yang kecil.ana hanya berkesempatan tinggal di sana hanya buat beberapa hari.tetapi, ianya cukup memberikan satu pengalaman yang berharga dalam hidup ini.

Hakikatnya, dalam kehidupan ini, bukan nilaian yang menjadi ukuran tetapi yang menjadi ukuran sebenar adalah sejauh mana berkatnya ia.

Bukan gaji jadi taruhan
Bukan pangkat jadi rebutan
Bukan nama jadi sanjunga
Tetapi
Yang kita hanya inginkan
Hanyalah segunung
KEBERKATAN….

Akhir kalam, pengalaman yang berharga ini tidak akan ana dapat lupakan.Sungguhpun belajar itu perit, tapi kesudahannya InsyaALLAH manis..




Sahabat ana yang baru berumur 18 tahun.Kami sama-sama megaji bagi mengisi masa lapang di waktu cuti sem.
Penulis


0 comment: