Memori silam vs Pergerakan Kehidupan


Percaya atau tidak, memori silam amat berkait rapat dengan pergerakan dalam kehidupan anda.

Kedua-duanya seolah berlumba dalam mempengaruhi kehidupan seseorang. Siapa yang memenangi perlumbaan ini seolah-olah mendapat kuasa penuh dalam mencorak kehidupan seseorang.

Sebagai contoh :

1) Seseorang yang laju bergerak dalam kehidupannya, dengan maksud sentiasa memperbaiki diri, sentiasa melakukan amalan-amalan yang positif dan baik, melakukan perkara yang menjadi nilai tambah dalam hidupnya, menjadikan memori silam seolah kehilangan tempat dalam mempengaruhi dirinya.

2) Sedangkan manusia yang banyak bersendirian,tidak bergerak dalam kehidupannya,malah tiada nilai tambah dalam kehidupannya, akan sentiasa meniti dalam fikirannya akan memori-memori silamnya. Konflik identiti banyak dihadapi oleh golongan-golongan ini.

Sesungguhnya seseorang yang banyak melihat zaman silamnya kadang menjadikan dirinya 'slow' dalam pergerakan kehidupannya. Kadang-kadang mereka seolah mahu kembali kepada zaman silamnya kerana boleh jadi ada sesuatu yang menarik minatnya untuk memikirkan zaman itu.

Manusia yang suka membandingkan kejayaan atau 'sifat' yang dirasakan dahulu lebih baik dari sekarang sebenarnya berada dalam konflik identiti yang hebat. Mereka mudah merasa 'down' bila mana dirasakan seolah berlaku perubahan drastik dalam kehidupannya lebih-lebih lagi jika perubahan itu dilihat adalah perubahan yang ke arah negatif.

Jadi,apa yang perlu dilakukan???

1. Menyedari bahawa maksud kehidupan adalah yang sekarang bukan yang dahulu. Diri kita adalah yang sekarang, dan bukan yang dahulu.

2. Bandingkan diri anda dengan diri anda pada masa akan datang. Sudah tentu diri anda sekarang menjadi corak akan diri anda pada masa akan datang.

3. Bergeraklah dan teruskan bergerak. Jangan biarkan memori silam memintas perlumbaan kehidupan anda.

4. Katakan selamat tinggal kepada memori silam anda. Jika dahulunya anda baik ataupun jahat, tidak menjejaskan
langsung akan diri anda pada masa sekarang mahupun masa akan datang. Kerana manusia itu sifatnya berubah-ubah.

5. Lakukanlah pelbagai perkara yang boleh menjadi nilai tambah dalam kehidupan anda. Lebih-lebih lagi jika anda seorang pemuda.

Ayuh kita berlari...
Tinggalkan memori silam...
Bersama kita membina memori-memori indah yang baru.