Dari Pusat Asasi UIAM PJ ke Fakulti Perubatan Universiti Tanta Mesir



Assalamualaikum W.B.T. Apa khabar sahabat-sahabat yang ana kasihi sekalian. Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana memberi kita peluang dan ruang untuk kita menikmati nikmat Iman dan nikmat keindahan Agama yang suci lagi murni iaitu Islam. Alhamdulillah, buat pengetahuan sahabat-sahabat semua, ana sekarang berada di Mesir. Negara yang ana idam-idamkan untuk jejakinya, akhirnya ALLAH TAALA izinkan ana untuk mencari mutiara-mutiara yang cukup-cukup berharga di bumi Kinanah ini.

Pertama-tamanya ana pohon ampun dan maaf sebab lama tak update berikutan ketiadaan line internet dan telefon. 
Demonstrasi yang dilakukan rakyat Mesir sehingga kami semua terputus hubungan dari luar. Maaf sangat-sangat ya.

Alhamdulillah,Ana mula bertolak dari KLIA pada 24 Jan 2011  jam 1230 malam waktu Malaysia dan Alhamdulillah selamat sampai di Egypt Airport pada 25 Jan 2011  jam 0522 pagi waktu Mesir atau pukul 1130 pagi waktu Malaysia.Perjalanan yang memakan masa 9 jam amatlah memeritkan. Tak tahu  nak buat apa dalam flight. Yang ana buat, bangun , tidur, makan, tidur. ALLAH, perjalanan yang cukup-cukup menguji kesabaran. Ana tak ingat berapa kali ana bangun dan tidur. Mungkin hamper 10x ana berbuat demikian, tetapi tidak juga sampai-sampai.

Cuaca di Mesir sekarang amatlah sejuk. Waktu ana sampai di Mesir suhunya 12 °c dan amat-amatlah sejuk. Cakap pun keluar kabus. J. Tapi, senior di Mesir ni katakan musim sejuk pada kali ini tidaklah sejuk sangat jika nak dibandingkan pada tahun-tahun yang lalu. Dan yang paling teruk katanya sehingga bawah 10 °c. Dan ana terpaksa lah memakai baju sejuk 24 jam. Dan kadang-kadang baju sampai 3 4 lapis pakai dan memakai sarung tangan, tu pun sejuk lagi. Alhamdulillah, walaubagaimanapun, segalanya berjalan dengan lancar dan ana berharap agar ALLAH sentiasa memberi kekuatan kepada diri yang serba daif ini.

Sewaktu sampai di Mesir, ana dibawa oleh Ummi ke Bait Hasanah untuk sarapan pagi. Di sana , kami berjumpa pelajar-pelajar Perubatan Universiti Al-Azhar dan sarapan bersama. Pengalaman yang amat mengasyikkan apabila dapat merasai perasaan sebagai salah seorang anak Malaysia yang merantau di negara orang. Ana sempat juga berjumpa dengan sahabat ana dari Darul Quran, akh Haziq. Subhanallah, rindu yang sekian lama membara akhirnya di akhiri dengan pelukan erat tanda persahabatan yang akrab.

SubhanALLAH, Maha Suci bagi ALLAH yang mengatur segala perjalanan hambaNYA. Ana sebenarnya agak terkilan kerana tidak dapat bersama-sama berjuang bersama para sahabat di Universiti Al-Azhar Kaherah. Pada mulanya, ana memang memohon untuk menyambung pelajaran di sana , tetapi ALLAH Maha berkuasa atas segala-galanya. Dalam 50 orang pelajar yang memohon untuk melanjutkan pelajaran di Mesir, ana hanya seorang sahaja yang memilih ke Al-Azhar dan kebanyakannya ke Universiti Tanta yang terletak 2 jam lebih  perjalanan dari Bandar Kaherah. Ini kerana , Universiti Al-Azhar enggan membuat kelas khas sekiranya pelajar yang akan mendaftar untuk dibuat 1 kelas tidak cukup 50 orang. Sedih tu memang la sedih, walau apa pun ana cuba menerima takdir ilahi ini dengan hati yang terbuka kerana hakikatnya apa yang ALLAH TAALA sudah caturkan, pasti akan ada hikmahnya.



Alhamdulillah, ana sekarang belajar di Kuliiyyah Perubatan Universiti Tanta , Mesir. Daerah Tanta adalah daerah yang boleh dikatakan dalam kawasan perkampungan. Suasananya tidaklah sesibuk di Bandar Kaherah , tetapi tidaklah kampung sangat cumanya di sini agak kurang sesaknya berbanding di Kaherah. Dekat Kaherah macam Kuala Lumpur dan lebih dari itu lagi sibuknya. Bunyi hon di sana sini. Kawasan di sini rata-ratanya dilitupi dengan kawasan pertanian `padi dan gandum. Ada juga la sayur-sayuran, tapi ana tak pasti sayuran apa dan ada juga tanaman buah-buahan. Tapi, di Tanta ni, suhunya lagi sejuk kalau nak dibandingkan dengan Kaherah. Mungkin disebabkan di sini banyak pokok dan di Kaherah banyak bangunan dan kenderaan. (Cuma andaian) Kos sara hidup di sini pula sangatlah murah. Kira-kira RM300 sebulan berbanding di Kaherah yang mana kos hidupnya RM650 sebulan. Makan dekat sini pun murah andai nak dibandingkan di Kaherah. Cumanya di sini agak sukar nak cari sheikh nak Talaqi. Dan ana sendiri pun sedang mencari Ulama’ untuk bertalaqi bersamanya.

Alhamdulillah, pagi tadi (26 jan 2011), ana sudah pun mula masuk ke kelas. Sekadar menumpang kerana kelas yang sepatutnya ana masuki akan bermula pada 26 Februari nanti. So, takkan nak duduk rumah sahaja d0k. Takpa tumpang-tumpang, nanti dapat tahu suasana belajar dan belajar dahulu subjek-subjek di sini. Nanti ana hanya perlu belajar yang tertinggal sahaja dan yang sudah dipelajari kira macam mengulang sahaja la. Tadi Ana belajar mengenai Urinary Bladder. Alhamdullah , penyampaian lecturer amat baik dan beliau bertutur dalam bahasa Inggeris. Cumanya pada awal ni ana agak sukar memahami bahasanya berikutan beliau speaking English with “sleng” ammiyah. InsyaALLAH, lama-lama faham la d0k.



Sedikit informasi berkaitan University Tanta. Actually, Universiti Tanta ni sama sahaja seperti di Universiti-Universiti lain di Mesir. Kalau ana nak bercerita berkenaan kemudahan, terus terang ana katakan, kemudahan bagi Bidang Perubatan di Malaysia jauh lebih baik daripada di Mesir. Keadaan universitinya agak kurang terurus dan facilities nya tidak lah secanggih di Malaysia. Cumanya, uniknya di sini, buku-buku kuliah perubatan adalah dikarang sendiri oleh Doktor (pensyarah). Sebab tu pensyarah datang ke kelas tak bawa buku dan hanya membawa marker pen sahaja sebab apa yang beliau ajar sebiji dalam buku. Ok, berbalik pada maklumat berkenaan Universiti Tanta ni. Universiti ni adalah antara 10 Universiti yang terbaik dalam Mesir bagi bidang perubatan.

Yang istimewanya di Universiti Tanta ni, buku kuliah tak perlu dibeli dan diberi percuma setiap tahun, Sebab tu la pelajar-pelajar Malaysia suka belajar di sini. Mungkin sebab kosnya murah. Dan satu lagi perkara, Universiti Tanta adalah satu-satunya university di Mesir yang menyediakan dan memberi makan tengah hari “free”setiap hari. Ana tak pasti sebab apa, tapi macam tu la sistemnya di sini. Tak perlu ditanya mengapa, yang penting orang dah bagi makan free ambil dan bersyukur sahaja la. J.. Dekat sini belajar guna mayat betul dan tak silap ana diambil dari India. So, tak ada kelas la main patung-patung ni. Kita main orang betul punya baru mant0p.

Ana rasa sampai di sini sahaja coretan ana di bumi anbiyaa ini/. InsyaALLAH, jika diizinkan ana akan menyambung dan berkongsi dengan sahabat-sahabat berkenaan Perubatan di Mesir ni dan juga suasana di sini.

Cuma nasihat ana, pada mana-mana sahabat yang teringin menyambung pelajaran di Universiti-Universiti di Mesir ni , andai antum agak obvious berkenaan kemudahan , nasihat ana, it’s better antum belajar di Malaysia kerana kemudahan di sana jauh lebih baik berbanding di Mesir ni. Bukan apa , ana bimbang antum tidak biasa dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sebegini. Walau apa pun, percayalah sahabatku sekalian, kemudahan tidak sama sekali memberi jaminan bahawa kita akan berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran kita kerana hakikatnya rahsia kejayaan adalah bagaimana kuatnya hubungan dan kebergantungan kita dengan ALLAH TAALA dan disertai dengan kuatnya azam dan usaha kita dalam merealisasikan sesuatu matlamat. InsyaALLAH, jika antum memegang prinsip ini, InsyaALLAH kejayaan akan menjadi milik antum.

Wassalam..


0 comment: