Nikmat Sebuah Keinsafan

NIKMAT SEBUAH KEINSAFAN

Selawat dan Salam diucapkan buat junjungan besar nabi kita ,Nabi Muhammad S.A.W..Tidak dilupakan buat para sahabat baginda baginda dan keluarganya.Semoga rahmat ALLAH senantiasa bersama kita.



Sahabatku,dalam menyusuri kehidupan sebagai hambaNYA apatah lagi sebagai seorang Hamalatul Quran,tidak dapat dinafikan setiap hari kita pasti akan diuji dengan ujian yang berbagai rupa.Sehingga satu ketika,kita tersungkur dihadapanNYA oleh kerana lemahnya iman di hati dan nafsu yang semakin bermaharajalela.ALLAH berfirman dalam Al-Quran :

“ Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari tuhanmu…”
( ALI-IMRAN 3:133 )



Hakikatnya diri kita tidak dapat lari daripada melakukan melakukan apa-apa kesilapan.tetapi ALLAH mengurniakan satu nikmat yang paling berharga bagi yang tersasar dari jalanNYA,iaitu nikmat sebuah keinsafan.Alangkah bahagianya orang yang dikurniakan nikmat tersebut.Merasa diri hina di sisiNYA sedangkan diri berusaha untuk mencari redhaNYA dan keampunanNYA.Merasa diri lemah sedangkan dirinya tidak pernah lupa untuk memohon agar diberi sedikit kekuatan dalam melayari ranjau kehidupan.

Firman ALLAH dalam Surah At-Tahrim ayat 8 :

“ Wahai orang-orang yang beriman,bertaubatlah kepada ALLAH dengan taubat yang semurni-murninya,mudah-mudahan TUHAN KAMU akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu…”

Oleh itu,ana mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama kita memohon ampun dan bertaubat kepadaNYA atas segala dosa yang telah kita lakukan.Berdoalah agar dikurniakan kepada kita nikmat yang berharga ini.



Tanpa nikmat tersebut,nescaya kita akan menjadi seorang pengembara yang buta dalam cahayaNYA.Tanpa segan silu melakukan maksiat kepadaNYA dan tanpa rasa bersalah merasa diri sudah hebat disisiNYA.Alangkah ruginyahidup kita di dunia.

WALLAHUA’LAM





Alhamdulillah

Syukur kepada ILAHI kerana member peluang untuk aku menghirup udara dan menikmati nikmat ALLAH yang tidak ternilai ini..selawat dan salam juga ku hadiahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat baginda..

Hmm..sedar x sedar dah tinggal 1 semester sahaja aku di DARUL QURAN ni..pelbagai perasaan menyelubungi diri aku.. ALHAMDULILLAH…lagi beberapa juzu’ lagi nak aku khatam kan al-quran.



ALHAMDULILLAH..aku bersyukur padaNYA kerana member aku peluang dan memilih aku untuk menghabiskan 30 juzu’ al-quran walaupun ramai sahabat aku yang syahid di tengah jalan akibat pelbagai masalah yang berlaku..tapi,tidak dinafikan aku juga mengahadapi masalah yang sama terutama pada sem yang ke 2..masalah demi masalah datang menguji walaupun kadang-kadang ku rasa diri ini tiada daya untuk mengarungnya lagi..

Tapi…ku kuatkan juga keazaman berbekal kudrat yang masih ALLAH kurniakan dan berbekalkan semangat dan dorongan dari keluarga dan para sahabat uang dikasihi untuk mengharungi segala dugaan yang datang melanda…

Hakikatnya…itu semua ada hikmahnya yang tersembunyi yang aku tidak ketahui kerana aku dan kamu semua insan yang lemah…


Sahabat-sahabat seperjuangan…satu hari nanti kita akan berpisah juga walaupun terpaksa..

ALLAH…..2 mggu aku terlantar sakit akibat demam denggi..2 hari duduk hospital,2 pu merayu2 nak keluar…boringnyerrrr duduk wad Hosp.Kuala Kubu Bharu,Slngor..2 hari rasa macam smggu..aku ingat lagi,masa tu aku paksa2 doktor utk kluar,aku bt alasan nak daftar dekat hospital tempat aku..lagi pun masa tu baru nak mula cuti mid semester..hmm….sekurang2nya ada la mak ayah @ adik beradik yang boleh meneman…(macam anak manja la plak)

ALHAMDULILLAH,dapat juga aku keluar dari penjara ni..?!ada juga pengajaran yang aku dapat ambil selam aku masuk wad 2 hari tu..selam aku masuk wad tu,ada 2 orang cina mati..

Mati waktu pagi plak tu..seram2 sejuk juga dibuatnya...lebih2 lagi bila dengar anak2 dia meraung2 (papa….papa….papa…waaa…waaaa.waaa…)hmm…tapi hakikatnya ALLAH dah berfirman dalam Al-Quran

“setiap yang hidup pasti akan merasai mati……”

“….bagi setiap umat mempunyai ajal,apabila ajalnya tiba,tidak dapat meminta penundaan atau percepatan walau sesaat pun”

Sepanjang perjalanan pulang aku terfikir yang orang lain pulang dalam perasaan gembira dapat jumpa kluarga..aku pulak balik2 kena daftar wad dekat tempat aku…xpe la…ada hikmahnya ujian yang aku hadapi ni..aku masih ingat lagi..aku dapat satu mesej yang paling berharga daripada sahabatku Afiq Hidayat..

“Assalamualaikum zul…Syafakallah ana ucapkan pada anta..ingatlah,kadang-kadang ALLAH datangkan satu penyakit pada kita kerana ingin beri masa pada kita untuk ingat pada DIA..selama ni anta selalu sibuk dengan kerja2 persatuan,jadi,ALLAH beri anta sakit agar anta mempunyai ada masa untuk ingat padaNYA…”


Aku dan sahabatku afiq hidayat yang sekarang berada di Universiti Kaherah,Mesir.

Satu hari,aku bertanya pada kedua ibu dan ayahku..pertanyaan yang selalu bermain di fikiranku..soalan ini bukanlah pertama kali ku Tanya..hampir nak dekat 40 kali juga rasanya ku Tanya soalan yang sama pada mereka semenjak aku berada di darjah 5 lagi..persoalan yang selalu bermain dalam benak fikiranku dan punyai makna dan erti yang besar bagi kehidupan ku..soalan ini sudah lama ku pendam semenjak aku habis sekolah hinggalah aku sambung belajar di DARUL QURAN ,JAKIM bagi mengambil persijilan tahfiz al-quran..

Aku pernah tanyakan persoalan ini pada moyang usrahku Akh Ehsan..

“kadang-kadang ada sesuatu yang membuatkan kluarga anta sukar untuk melepaskan anta..tapi,teruskan memujuk dan berdoa..INSYAALLAH…satu hari nanti ALLAH akan buka pintu hati mak ayah anta..”

Aku bertanya pada dia tentang hadith Rasulullah S.A.W.

“keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan kedua IBU BAPA nya”

Tapi,akh Ehsan memberi hujah yang cukup meyakinkan aku tentang tujuan aku menyambung pelajaran di sana..bukan niat untuk tidak menghiraukan mereka apatah lagi menderhakai mereka ..dan bukan pula untuk mengecilkan hati mereka..
Tapi,aku sedang merancang masa depan aku dari sekarang..

Hmmm…nak Tanya ke tak ni ya..?!
Mungkin jawapan yang sama aku dengar @ sebaliknya yang akan diberikan oleh kedua ibu bapaku..

Xpe la,aku bertawakal pada ALLAH TAALA...ALLAH berfirman :

“…..kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad,maka bertawakallah pada ALLAH..
Sungguh ALLAH mencintai orang-orang yang bertawakal”
(Ali-Imran…ayat 159)

Mak,lepas habis DQ ni boleh x angah nak sambung pengajian angah dekat MESIR dalam bidang perubatan??

Tiba-tiba mak dan ayahku menjawab..

“angah,nak sambung blajar sana pergilah..mama dengan abah x halang..andai itu cita-cita angah.. mama dan abah restui..pergilah…nanti mama tolong uruskan.”


Abah dan mamaku yang tersayang…

ALLAH..nak berderau rasanya jantung ni…jawapan yang ku tunggu sejak dari dulu akhirnya terjawab juga.walaupun perasaan sedih timbul kerana bakal meninggalkan mereka buat satu jangka masa yang panjang..aku merasa sungguh gembira kerana INSYAALLAH..andai diizinkan,aku akan menyambung pengajian di bumi barakah MESIR..

Bumi para AN-BIYAA’…bumi tempat tokoh pejuang Islam yang masyur,Salahuddun Al-Ayubi berjuang demi menegakkan Islam yang tercinta..tempat berkumpulnya Ulama’-Ulama’ yang masyur seperti Sheikh Yusuf Al-Qaradawi,Imam Syafie dan ramai lagi..


6-7 tahun pengajian bukanlah satu jangka masa yang pendek..macam-macam boleh berlaku.
Tapi,hakikatnya…nak berjaya perlukan pengorbanan..kata pepatah….

“tiada KEJAYAAN tanpa PENGORBANAN..”

“kejayaan yang ingin dicapai memerlukan seribu pengorbanan”

aku x menafikan belajar di dalam Negara ada faedahnya..aku juga x menafikan belajr di luar ada banyak faedahnya..tapi,bagiku belajar di luar Negara,kita boleh menimba banyak pengalaman hidup di samping belajar untuk hidup berdikari dan belajar hidup susah..

“orang yang asyik mendapat nikmat kesenangan,tidak akan kenal bagaimana rasanya hidup susah”

“kadang-kadang orang yang di atas perlu menurunkan darjatnya dan melihat orang di bawahnya agar dia tahu bagaimana rasanya menjadi orang di bawah”

Aku sekarang hanya mengira hari sebelum aku mencapai cita-cita aku untuk menyambung pengajian ke sana..tapi….

“kita merancang dan ALLAH juga merancang..
Tapi……..
Perancangan ALLAH itu lagi hebat dari perancangan hambaNYA”

ALLAH juga telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah :

“boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu..
Dan
Boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagi kamu..
ALLAH mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui”




WAALLAHU A’LAM..aku tidak tahu apa yang akan berlaku esok..adakah ALLAH masih memberi peluang untuk merasa nikmat-nikmat ALLAH di atas dunia yang fana’ ini…dan
Adakah ALLAH akan memberi peluang kepadaku untuk terus beramal dan mengabdikan diri padaNYA..



“Ya ALLAH…sesungguhnya hambamu ini insan yang hina lagi lemah..telah banyak dosa yang hambamu lakukan…tiada apa yang ku pohon dari MU Ya ALLAH melainkan rahmatMU ,keampunanMU , Kasih SayangMU , KetenanganMU dan apa yang paling penting ialah KEREDHAANMU.. sesungguhnya engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diriku
Ya ALLAH….aku beserah diri padaMU dan memohon agar cita-cita ku untuk terus berjuang menegakkan agamaMU dalam bidang perubatan ini tercapai…
AMIN YA RABBAL ‘AALAMIN..”

Surat Cinta Dari ILAHI...


Alhamdulillah…pertamanya bersamalah kita mengucapkan syukur yang x terhingga kepada ALLAH TAALA kerana memberi peluang utk kita terus istiqomah dalam melakukan amal ibadah LILLAHITAALA…selawat dan salam juga kita ucapkan pada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. yang menjadi idola dan ikutan ummat Islam sepanjang zaman.

Kehidupan…………

Kehidupan ini merupakan pusingan sebuah roda.kadang2 kita di bawah
Dan kadang2 kita di atas..ia berputar dan terus berputar walaupun kita cuba menafikannaya…
Dari putaran itulah sebuah demi sebuah pengalaman hidup akan ditempuhi. pahit,manis,masam,pahit mahupun payau…semua akan berlaku..setiap dari kita mempunyai memori kehidupan yang berbeza…tidak kira mereka adalah seorang yang berpangkat,orang bawahan,pelajar,doctor atau sebagainya..

Begitulah yang berlaku pada Sulaiman..pengalaman hidup yang tidak diduga akan berlaku..menjadikannya mengenal erti kehidupan..Sebuah cerpen pendek ingin ana kongsi bersama para sahabat mengenai seorang Hamba ALLAH yang diduga dengan ujian yang begitu mencabar..watak cerpen ini tidak mnyentuh mana pihak sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali ke Rahmatullah..

Pagi ini udara nyaman sekali…burung-burung berkicauan,bertasbih memuji Ilahi..terbang ke sana ke mari dengan pelbagai2 gaya akrobatik membuatkan aku terpegun seketika menghayati salah satu tanda kekuasaanNYA…tiba-tiba aku teringat Firman ALLAH TAALA dalam Surah An-Nahl ayat ke 79…

“Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dapat terbang di angkasa dengan mudah.Tidak ada yang menahannya selain ALLAH.sungguh,pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang-orang yang beriman.”

Subhanallah,sungguh besar ciptaanNYA.betapa besar nikmat yang engkau kurniakan nikmat padaku.

”hmmmm…sedar x sedar dah semakin tua aku ni..sahut hati kecil sulaiman..”

“Emmm…hari ni hari ahad,xde kuliah..nak buat apa ya pagi ni??baik aku mengulang,lagi baik..x buang masa..he3..lagipun dah jadi amanah aku..sahut hati sulaiman”
inilah rutin harian sulaiman pada pagi hari.. mengulang Al-Quran merupakan salah satu tanggungjawab bagi dirinya yang bergelar seorang Al-Hafiz Al-Quran…

Tanpa membuang masa,dia terus ke bilik basuh bagi mengambil air sembahyang sebelum ke masjid..

“orang Islam yang sentiasa melazimi dirinya berada dalam keadaan berwudu’ akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan mukanya yang berseri-seri kesan dari wudu’nya semasa hidup di dunia”

Sulaiman mengenakan baju melayu raihan berseluar slack hitam untuk ke masjid..baginya mengulang di masjid yang menjadi kebanggaan pelajar kampusnya merupakan satu pengalaman yang indah disamping ia merupakan salah satu tempat turunnya Rahmat ALLAH..

Setelah siap,Sulaiman melangkah gagah ke masjid yang terletak berhampiran sahaja dengan asramanya..lebih kurang 2 minit perjalanan.. dari jauh lagi sudah kedengaran suara-suara yang merdu dari pelajar kampusnya yang turut sama mengulang di masjid tersebut..kaki kanannya melangkah ke dalam masjid yang tersergam indah sambil di hatinya berniat I’tikaf di dalam masjid,mengharap agar ALLAH sentiasa merahmatinya..suasananya yang damai sungguh mempersonakan..masjid ini sungguh strategi kedudukannya..betul-betul berhampiran sebuah tasik yang dikenali dengan nama Tasik Huffaz.SubhanALLAH..sungguh indahnya ciptaanNYA..

Apabila sudah berada di dalam masjid,sulaiman bersolat tahiyyatul masjid sebelum duduk..
Satu sunnah demi sunnah yang diajar oleh gurunya di sekolah dahulu terus dipraktikalkan.
Setelah selesai,beliau terus mengambil Al-Quran dan rehal..matanya tertumpu pada satu sudut yang berhampiran dengan tangga dan berada di luar sedikit dari kawasan legar masjid..
Baginya sudut itu sungguh menarik di samping dari situ beliau boleh melihat permandangan kawasan tasik yang sungguh indah..SubhanALLAH…

Sulaiman memulakan bacaannya dengan Al-Fatihah..dia sedaya upaya untuk membaca Kalamullah dengan berlagu sesedap mungkin walaupun hatinyanya berkata “emm…sedap ke aku baca ni ek??xpe la,biar x sedap di telinga orang,asalkan sedap di telinga sendiri.. memperindahkan bacaan Al-Quran kan sunnah..apa yang penting aku niat ikhlas kerana ALLAH TAALA..”

Hampir satu jam lamanya sulaiman mengulang Al-Quran..tiada rasa boring di hatinya untuk terus membaca KALAMULLAH yang indah itu.

“sesungguhnya orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama ALLAH gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayatNYA kepada mereka,bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal..”

Dari satu perkataan ke satu perkataan,satu ayat ke satu ayat,muka ke muka,helai demi helai,juzu’ demi juzu’,surah demi surah,kisah demi kisah..

Setelah lama mengulang,sulaiman berhenti sebentar mengambil nafas..mengendurkan mana2 urat yang tegang akibat terlalu lama duduk.dia bangun berjalan ke kawasan tasik dan melihat pemandangan kawasan tasik yang sungguh menenangkan.kawasan itu memang dibina dengan ciri-ciri tempat yang sesuai bagi suasana sebuah maahad tahfiz..

Setelah hampir lima minit mengambil angin,sulaiman duduk semula bagi menyambung beberapa helaian yang perlu diulang sebelum pulang semula ke asrama bagi melakukan aktiviti mingguannya iaitu membasuh pakaian.

Setelah menghabiskan helaian yang perlu diulangnya,sulaiman tidak terus pulang ke asrama..
Dia duduk sebentar,peluang yang ada digunakan olehnya untuk bermuhasabah diri sebentar.
Sulaiman memandang tepat pada naskhah Al-Qurannya yang merupakan pemberian ustaznya sewaktu berada di tingkatan 2 di sekolah menengah agama di johor.tiba-tiba,tanpa disedari, beliau hayal mengenangkan kisah pahit hidupnya..memori yang sampai sekarang tidak dapat dia lupakan..

Pengalaman belajar di sekolah menengah dulu terbayang2 di hadapan mata..
“Emm…andai ALLAH memberi peluang untuk aku putar alam ni..rasanya aku ingin kembali pada zaman sekolah menengah ku..tapi itu Cuma angan-angan aku yang x sudah2 dan sudah pasti tidak mungkin akan berlaku..benarlah kata-kata bekas pengetua ku di sekolah lama ku dulu..”bisik hatinya..

“pengalaman hidup yang paling indah adalah sewaktu berada di sekolah menengah”

Pengalaman belajar dengan kawan-kawan,bertanya pada cikgu apabila x faham terus menyelubungi mindanya..tiba-tiba dia teringat memori hitam yang melanda dirinya beberapa bulan sebelum dia menamatkan zaman persekolahannya di sekolah lamanya..

Semenjak dari form 1 hingga di tingkatan 4,persolan cinta amat dibencinya.dari dulu lagi dia x suka pada orang yang suka pada perempuan apatah lagi couple..baginya tiada apa yang bermanfaat dari pemikiran seperti itu..baginya ingat pada ALLAH dan mak ayah apabila berduka @ menghadapi apa2 masalah adalah lebih baik dari mengingati seseorang yang di sukai..
Menelefon ibu bapa berjam-jam lagi bagus daripada menelefon kekasih hati berjam-jam..

Kadang-kadang,dia akan mempersoalkan pada sahabatnya yang bercouple..

“anta  ni macam mana la boleh suka pada perempuan..kita kan tengah belajar sekarang.lebih baik anta ingat mak ayah anta..ha,lagi bagus.dapat pahala pulak tu…”sahut sulaiman dan turut merasa pelik macam mana orang yang sedang belajar boleh terfikir benda-benda macam ni..

Ha,bila tengok orang peras cinta lagi la syok dia perli..”tu la engkau,aku dah cakap dah.xde guna kau cintan-cintan ni?!x menjamin masa depan kau pun..tengok,bila dah peras baru kau nak menyesal x sudah?!kau tengok aku ni,rileks je..xde masa aku nak fikir tentang perkara-perkara macam ni..lebih baik aku belajar je,lagi bagus..lagi pun mak kita hantar sekolah untuk belajar bukan cari menantu..”
itulah perangai sulaiman,dia rasa dialah yang paling bertuah kerana x pernah rasa perasaan rasa suka pada seseorang perempuan apatah lagi bercouple?!dia tahu hukum couple tetap haram..

Detik berganti detik,masa berganti masa,hari berganti hari..

setelah mendapat keputusan yang baik dalam PMR,dia bertukar sekolah ke sekolah lain tetapi masih tetap dalam aliran agama seperti sekolah lamanya cumanya di situ ada aliran Sains Tulen..dia bercita-cita untuk menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan yang dicita-citakan semenjak sekolah rendah lagi..

Setelah sekian lama belajar di sekolah barunya..tanpa disedari,ALLAH ingin mengujinya dengan mencampakkan rasa suka pada seseorang dalam hatinya..pada mulanya dia merasa tenang sahaja sehinggalah tibanya waktu hendak tamat persekolahan,perasaannya semakin berkocak dan terus berkocak..

“MASYAALLAH,apa yang aku rasa ni YA ALLAH..????”kata hatinya..

Semakin hari perasaannya tidak keruan..bila nak belajar selalu teringat wajahnya…baginya setiap hari mesti nak lihat wajah perempuan tersebut..bila satu hari x dapat tengok mukanya rasa macam ada yang x kena”
beginilah hari yang dilalui oleh sulaiman sehingga sampai satu masa,dia merasa sudah terlalu lemah untuk menanggung perasaan ini..pelbagai usaha dilakukan bagi melupakannya..sehingga sampailah satu tahap,dia menyumpah-nyumpah kepada perempuan tersebut padahal perempuan tersebut tidak tahu apa-apa apatah lagi mengetahui yang sulaiman suka padanya..x pasal-pasal kena sumpah2 dengan sulaiman..sulaiman sekarang sedang bertarung dengan perasaannya sendiri..

Dia tidak putus-putus berdoa pada ILAHI agar diberi kekuatan dalam menempuhi ujian ALLAH ini..dalam doanya dia menangis mengenangkan dirinya yang tidak berdaya lagi menghadapi ujian yang terlalu berat baginya..dia juga selalu ke bilik kaunseling berjumpa dengan kaunselor bagi mendapatkan nasihat dan pandangan..tanpa segan silu demi mengharap agar masalahnya akan selesai,dia menceritakan segala perkara yang berlaku ke atas dirinya..




“masalah seperti ini bukanlah masalah yang pertama bagi saya,setiap tahun masalah yang sama macam kamu alami ni selalu terjadi..ni la satu proses keremajaan yang akan dilalui oleh setiap remaja..benda ni normal sahaja..nasihat saya andai ikhlas dengan dirinya,teruskan..tapi bukan sekarang masanya kamu nak fikir tentang perkara tu…belum masanya lagi..saya ni pun dah nak 30 tahun,tapi x kahwin2 lagi..kadang-kadang x terfikir pun tentang perkara tu..lagi la kamu ni,yang muda lagi umurnya..banyak lagi rintangan yang perlu kamu tempuhi dan perjalanan hidup kamu masih jauh..jadi,lebih baik kamu fikir macam mana nak balas jasa mak ayah kamu..itu lagi baik bagi kamu..”

Nasihat ini masih terngiang-ngiang di telinga sulaiman..nasihat yang menjadi peransang baginya untuk terus bangkit melawan perasaannya..lagi pun SPM dah dekat..exam yang dikatakan penentu masa hidup seseorang pada akan datang..

“aku harus lawan perasaan ni,SPM dah semakin hampir..kalau aku x berusaha nak lawannya, sudah tentu tumpuan aku pada pelajaran akan terganggu…”sahut hati kecilnya..

ALHAMDULILLAH..perasaan yang membelenggu dirinya semakin reda..peperiksaan SPM ditempuhi tanpa ada apa2 masalah yang timbul..

Tibalah masa yang ditunggu oleh dirinya..hari ini merupakan hari terakhir exam..fuuuhh. x sabar rasanya menanti detik yang sekian lama ditunggu-tunggu selepas berhempas pulas study bagi menghadapi exam tersebut..”hari ni exam PSI..aku mesti buat betul-betul walaupun kehangatan SPM sudah semakin dingin”…

ALHAMDULILLAH…sulaiman dapat menjawab segala soalan dengan baik..

“merdeka……merdeka……merdeka…..merdeka….merdeka……?????????!!!!!!!!!”

Kedengaran laungan sahabat2 nya..ada antara mereka membawa bendera ke dalam dewan peperiksaan dan mengibarkannya apabila kedengaran laungan MERDEKA oleh sahabat2 nya yang lain…

Bagi sulaiman,dia merasa syukur yang terhingga kerana dapat menghadapinya dengan selamat dan tenang..petang itu,entah x semena-mena perasaan yang dulunya reda bangkit kembali.. tiba-tiba terlintas difikirannya untuk menulis sepucuk surat kepada perempuan yang disukainya.
Sebelum menulis surat,dia beristikharah terlebih dahulu memohon petunjuk dari ILAHI.. bimbang juga dirinya andai niatnya tidak diredhai ALLAH..dia turut bertanya pendapat sahabat2nya,ibu bapanya dan sesetengah gurunya tentang hasratnya untuk mengutus sepucuk surat kepadanya.

Niatnya hanya satu untuk menjelaskan apa yang telah berlaku dan memohon ampun atas segala dosa yang telah dilakukan kerana telah dilakukan tanpa perempuan itu sedari..

Tibalah satu masa selepas pulang dari solat subuh,sulaiman pulang ke bilik dan bertekad mahu menulis sepucuk untuknya..dia terus menulis dan terus menulis tetapi tetap menjaga batas-batas percakapan dalam tulisannya dan tidak mahu terlalu mengikut perasaan..dalam nukilannya sulaiman ada menerangkan harapannya bahawa andai diizinkan oleh ALLAH,dia mahu mencari semula perempuan tersebut dan memulakan semula hubungan mengikut syariat ISLAM..

Surat itu tidak diberinya sendiri tetapi dikirimkan pada salah seorang yang rapat dengan perempuan tersebut…terasa lega hatinya kerana dapat meluahkan segala2nya..

Pada hari esoknya,ibu bapa sulaiman datang menjemputnya..hari itu adalah hari terakhirnya melihat sekolah kesayangannya…sekolah yang meninggalkan kenangan yang cukup berharga bagi dirinya…sesekali dirasakan mahu menitis air mata mengenangkan memori-memori yang indah..habis penuh bonet kereta ayahnya diisi dengan segala peralatan sulaiman..terjongket jugak kereta ayahnya..penuh dengan baju2,buku2,dan macam-macam lagi????!!!..selepas siap,kereta pun meluncur laju meningalkan perkarangan sekolah..

“ALHAMDULILLAH…selamat sudah aku sampai ke rumah..lama x balik rumah..rindu pulak rasanya...”sahut sulaiman dalam hatinya..barang-barangnya dari asrama dipunggah ke dalam bilik…

Malam itu,tiada apa yang dilakukan oleh sulaiman,hanya berehat sahaja menonton televisyen..
Tiba-tiba kedengaran bunyi mesej masuk dari hensetnya..

Tiiiiiiitttttttt…..tiiitttttttttt….titttt…….

“Emm..siapa pulak ni yang mesej aku malam-malam ni..???!!!”

“salam,maaf ggu..syukran kathir atas surat tu..panjang sangat surat tu..INSYAALLAH..ada masa nanti saya balas surat awak 2??!!”

MASYAALLAH…rasa nak tercabut jantung ni bila dapat tahu yang perempuan itu memberi mesej padanya dan mengatakan akan membalas suratnya..
Semenjak peristiwa itu kadang-kadang sulaiman bertanya khabar pada perempuan tersebut..hatinya kini sudah tidak keruan..tetapi dia tetap menjaga batas-batas perkataan dalam mesejnya..

Satu hati,seperti biasa sulaiman mengirimkan mesej pada nya seperti biasa..tetapi,tunggu punya tunggu…mesejnya tidak dibalas…sulaiman menjadi gelisah dan x keruan mengenangkan apa yang berlaku..dia x tahu apa yang berlaku pada perempuan tersebut..

Hari demi hari semakin berlalu..situasi yang menimpa sahabatnya dulu kini menimpa batang hidungnya sendiri..barulah sulaiman menyesal kerana selalu mengejek dan memperli sahabat-sahabatnya dulu..perubahan yang berlaku pada sulaiman disedari oleh ibunya sendiri..ibunya bertanya sendiri padanya tentang apa yang berlaku..tetapi sulaiman tidak mahu menjawabnya dan selalu berdalih..surat yang dikatakan mahu dibalas tidak juga tiba-tiba..

Satu hari perempuan tersebut membalas mesej sulaiman.dalam mesejnya perempuan tersebut ada mengatakan supaya melupakannya dan biarlah ALLAH yang menentukan..andai ada jodoh ada la..

ALLAH..dirasakan dunia ini kosong..hatinya patah..hatinya dirasakan bagai ditusuk dan dihiris  sembilu tang tajam..”MASYAALLAH…apa yang berlaku ini YA ALLAH..”sahut hati kecil sulaiman..

Semenjak peristiwa tersebut perangai sulaiman berubah secara mendadak..dia banyak menyendiri dan x banyak bercakap..selama seminggu perkara ini berlaku..ibu bapanya sudah risau melihat keadaan sulaiman yang lain dari yang kebiasaan itu..sulaiman yang dahulunya periang dan ceria kini banyak membisu dan mengurung dirinya dalam bilik..

Pada satu hari,terdetik di hati sulaiman untuk terus mengadu pada ALLAH yang MAHA BERKUASA..dia bersolat taubat,hajat dan tahajjud..dengan nada teresak-esak,sulaiman berdoa………

“YA ALLAH…sesungguhnya hambamu ini insan yang lemah lagi hina YA ALLAH..hambamu tidak berdaya lagi untuk mengharungi ujian yang begitu perit ini YA ALLAH..ku mohon padaMU  YA ALLAH,berilah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan MU ini YA ALLAH..tanpa bantuan MU YA ALLAh..tiada siapa lagi yang bisa menolongku YA ALLAH..sedangkan aku mengangkat tangan inipun adalah kudrat dan rahmat dari MU..apalah yang ada pada diriku YA ALLH..tiada apa daya yang ada pada hambaMU ini…ku mohon YA ALLAH jangan kau siksa batinku lagi YA ALLAH..aku dah x sanggup untuk menghadapi semua ini..ampunkanlah dosa-dosa yang telah hambamu lakukan YA ALLAH…YA ALLAH…aku x mengharap langsung perasaan ini datang padaku apatah lagi mengundangnya sendiri YA ALLAH..aku berlindung dengan MU YA ALLAH dari fitnah wanita dan fitnah dunia.dari cengkaman nafsuku sendiri,dari hasutan syaitan LAKNATULLAH dan dari segala perkara-perkara maksiat..bantulah aku YA ALLAH…hanya kepada engkau aku memohon pertolongan dan hanya pada MU aku berserah diri..aku serahkan segala urusan ini hanya padaMU YA ALLAH..sesungguhnya KAU MAHA MENDENGAR lagi MAHA PENGAMPUN..
AMIN YA ROBBAL ‘AALAMIIN……..”

ALHAMDULILLAH…semenjak dari itu keadaan sulaiman semakin pulih..dia sudah kembali ceria seperti biasa walaupun luka di hatinya belum sepenuhnya pulih…kadang-kadang dia teringat kembali apa yang berlaku tetapi dia cepat-cepat beristighfar dan berfikir perkara lain..

Satu hari datang satu surat telah sampai ke rumahnya..surat itu datangnya dari sebuah kampus yang terletak di Selangor..

“ALHAMDULILLAH..aku diterima bagi menyambung pengajian tahfiz di kampus tersebut..”
Nada kecilku bersuara..

Bukan senang nak dapat program pengajian macam ni…dalam 2000 lebih yang mohon, hanya 160 sahaja yang dipilihnya…SUBHANALLAH..syukur YA ALLAH kerana KAU memilih aku untuk menghafal KALAMULLAH MU…

Tanpa disedari………..

Man…man…anta termenung apa tu…??!”sergah sahabatnya yang juga mengambil bidang yang sama sepertinya..

“ALLAHUAKHBAR…apa anta ni??!!terkejut ana..?!”sahut sulaiman terkejut..

“ooo…ingat banat ea????!!”tegur afiq bergurau.

“Ish..mengarut la anta ni..??!!!mana ada?!..ana teringat memori lama dalam hidup ana.. memori yang sampai sekarang ana x dapat dilupakan dan sampai sekarang juga ana x dapat melupakan seseorang yang muncul tanpa di pinta dalam hidup ana walaupun ana cuba melupakannya”jawab sulaiman tenang..

Rupa-rupanya,agak lama juga sulaiman termenung…

“hemmmm..sabar la man,jangan ikutkan sangat perasaan anta tu..anta serahkan sahaja pada ALLAH TAALA.. iNSYAALLAH…anta jangan risau,kalau dah jodoh si dia x kan ke mana..so.utk sekarang ni baik anta tumpukan pada Al-Quran yang lagi berapa juzu’ kita nak khatamkan tu..”
Tmbah sahabatnya lagi..

“Emmm…ya x ya juga ya..???!!!betul la kata anta tu…”sulaiman membalas..

“Afiq,anta tahu x,dari dulu ana tunggu2 surat yang x dibalas-balas oleh sahabat ana tu..?! rupa-rupanya,surat dah berbalas lama dah…?!Cuma ana shaja x perasan..hanyut di dalam ilusi..”
Sahut sulaiman..

“apa maksud anta ni man???ana x faham langsung la???!!!”jawab Afiq kebingungan mendengar jawapan yang penuh misteri dari sahabatnya itu..

“anta nampak x surat cinta yang ada atas rehal tu??!!!”jawab sulaiman.

“surat cinta???apa anta ni?!tu Al-Quran la…bukan surat cinta??!”sahut afiq yang masih lagi dalam kebingungan mendengar penjelasan sulaiman..

“anta nak tahu,dulu ana ada mengutus sepucuk surat kepada sahabat ana..lepas tu dia ada menghantar mesej kepada ana dan mengatakan yang dia akan membalasnya..tapi,ana tunggu punya tunggu..xde juga suratnya..?!rupa2nya,ana x sedar yang ALLAH telah menukar surat yang hendak dibalasnya dengan surat cinta dari ALLAH sendiri..Pencipta kita..surat cinta yang penuh bermakna yang menjadi sumber ilmu,inspirasi,nasihat dan pedoman kepada semua manusia..
Surat cinta yang mampu member syafaat kepada si pembacanya…surat cinta yang mampu menjadi pembimbing dan penyelamat seluruh manusia dari bahaya api neraka yang sungguh dasyat..SUBHANALLAH…kita bertuah sebab ALLAH memilih kita sebagai penghafal surat cintanya dan setiap hari kita selalu baca surat cinta ni tanpa jemu..surat cinta dari manusia bila dah banyak baca,ulang2..comfom boring..??!!tapi surat cinta ni x de langsung memboringkan kita tetapi menjadikan si pembacanya sentiasa rindu untuk mengulangnya kembali walaupun dah seribu kali membaca??!!!betul tak??”sahut sulaiman..

“wahai manusia!sungguh telah datang kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari tuhanmu penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman..”
(surah Yunus 10:57)

“betul..betul..betul…?!”sahut afiq..(dah macam upin dan ipin la pulak)

“afiq,sebenarnya ana menyesal sangat atas apa yang ana dah lakukan masa sekolah menengah dulu..banyak dosa yang dah ana lakukan..ana terlalu asyik dengan perasaan sendiri sampai ana lupa yang ALLAH yang dah memilih ana ke tempat yang mulia ni..ana rasa kalau diikutkan dosa yang ana lakukan,x layak rasanya nak hafal surat cinta dari ALLAH ni..”sulaiman membalas dengan nada sedih..

Matanya tepat memandang pada naskhah Al-Quran di hadapannya..Hatinya sebak mengenangkan betapa besarnya nikmat yang ALLAH kurniakan padanya dan tanpa disedari setitis air mata jernih jatuh ke pipi..


“man,cuba anta cakap pada ana selain para nabi dan rasul-rasul,siapa yang x pernah buat salah dekat dunia ni..ana sendiri pun lagi la banyak dosanya..ingatlah,ALLAH itu MAHA PEMURAH lagi MAHA PENGAMPUN..DIA x pernah menghampakan mana-mana hambaNYA yang bertaubat yang bertaubat dengan bersungguh..bagus la anta dah insaf..”sahut afiq memujuk sahabatnya.

“antara kelebihan umat Nabi Muhammad S.A.W. menurut pandangan Nabi Adam A.S. ialah:
Taubat aku hanya diterima di Kota Mekah,tetapi taubat umat Muhammad S.A.W. diterima oleh ALLAH TAALA di sebarang tempat”

“syukran akh..syukran atas nasihat anta tu..ana bersyukur kerana ALLAH masih memberi peluang pada ana untuk berubah dan masih membuka pintu hati ana untuk merasa sedikit nikmat penyesalan dalam diri..”sulaiman menambah..

“bagus la kalau anta dah sedar sekarang..apa yang penting sekarang,anta jangan fikirkan sangat tentang memori lama tu..banyak lagi yang perlu kita fikirkan ..”jawab afiq..

“eh dah pukul berapa sekarang?”Tanya sulaiman kepada sahabatnya.

“emm..pukul 12 tengah hari..eh,dah nak dekat waktu makan ni.jom kita lunch sama-sama dekat dewan makan..?!”sahut afiq mengajak..

“”jom…lagi pun perut ana dah berkeroncong dah ni?!macam-macam lagu dah keluar..?!”nada sulaiman bergurau.

“ok..yuk…????!!!!”

Alhamdulillah…begitulah berakhirnya sebuah kisah yang ana cuba karang sendiri berdasarkan pengalaman peribadi seseorang..ana tidak bermaksud apa-apa dari cerpen ini cumanya ana cuba membawa sahabat-sahabat semua menghayati bahawa :

“cinta yang sebenar-benarnya hanyalah pada ALLAH TAALA”
“cintailah DIA kerana satu hari nanti DIA akan mendatangkan engkau seseorang yang  mencintai dirimu”

“janganlah kita bercakap besar kerana kita tidak tahu adakah kita bisa menghadapi dengan baik dugaan yang dihadapi oleh seseorang itu atau tidak..”





“boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu..
Dan
Boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagi kamu..
ALLAH mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui

kita merancang dan ALLAH juga merancang..
Tapi……..
Perancangan ALLAH itu lagi hebat dari perancangan hambaNYA

Diharap para sahabat dapat mengambil manfaat dari nukilan ana ini..
Hakikatnya diri ini hanyalah insan yang hina dan tidak berdaya..tanpa kudrat dari ILAHI,tidak mungkin ana bisa menulis cerpen ini..

Tapi ketahuilah,ALLAH TAALA dah berfirman :

“sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi manusia sedikit pun,tetapi manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri..”

WALLAHU TAALA A’LAM BISSOWAB…