Ajaklah...



Dalam kehangatan memburu Malam Al-Qadr, kita mungkin terlupa untuk 'mengajak'.

Mengajak dalam erti kata menyeru bersama-sama melakukan sesuatu amalan kebaikan.
Kita diseru mengajak saudara kita dalam melakukan kebaikan dan menghindari dari mengajak ke arah kebatilan.

Lupakah kita akan pahala dalam 'mengajak' saudara kita bersama-sama dalam melakukan amalan kebaikan.
Mungkin dek kerana perlumbaan yang terlalu laju dalam mengerjakan amalan sehingga kita tertinggal dan terlupa saudara sekeliling kita.

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab Sahihnya, hadis dari sahabat Uqbah bin ‘Amr bin Tsa’labah Radhiallahu’anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:


من دَلَّ على خيرٍ فله مثلُ أجرِ فاعلِه

“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya”
(HR. Muslim no. 1893).

Sesungguhnya berlumba dalam mengejarkan amalan kebaikan tidaklah menoktahkan kita dalam mengajak saudara kita dalam melakukan amalan kebaikan.
Boleh jadi, amalan yang kita lakukan ada compang-campingya, moga-moga dengan keberkatan kita mengajak saudara kita dalam mengerjakan amalan kebaikan,
maka Allah tampal kekurangan itu dengan kebaikan yang saudara kita lakukan bersama.


Boleh jadi pada ketika itu saudara kita dalam keadaan iman yang lesu,
maka boleh jadi dengan ajakan dari kita, Allah bangunkan semula imannya. Masya Allah, besar ganjaran yang Allah kurniakan.
In Shaa Allah.

Oleh itu,

Wahai...
Sahabat, ajaklah sahabatmu,
Ahli rumah, ajaklah ahli rumahmu,
Suami, ajaklah isterimu
Ayah, ajaklah anakmu
Jiran, ajaklah jiranmu
Anak, ajaklah ayah dan ibumu.
..., ajaklah ...

Sesungguhnya contoh terbaik yang kita boleh ikut adalah bagaimana keadaan Rasulullah SAW dalam beramal.
Dalam kitab Shahih Bukhari dan Shahih Muslim disebutkan bahwa Aisyah RA pernah berkata yang artinya:


“Rasulullah Saw ketika sudah memasuki 10 hari terakhir Ramadhan mengencangkan kainnya,
menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya
- demikianlah lafadz al Bukhari”.

Ingatlah...
Kita ini hidup bersaudara, kita sendiri kadang berada di bawah dan turut menagih ajakan saudara kita dalam melakukan kebaikan.
Benar bukan?

Jom jadi salah seorang penyebar kebaikan...

Memori silam vs Pergerakan Kehidupan


Percaya atau tidak, memori silam amat berkait rapat dengan pergerakan dalam kehidupan anda.

Kedua-duanya seolah berlumba dalam mempengaruhi kehidupan seseorang. Siapa yang memenangi perlumbaan ini seolah-olah mendapat kuasa penuh dalam mencorak kehidupan seseorang.

Sebagai contoh :

1) Seseorang yang laju bergerak dalam kehidupannya, dengan maksud sentiasa memperbaiki diri, sentiasa melakukan amalan-amalan yang positif dan baik, melakukan perkara yang menjadi nilai tambah dalam hidupnya, menjadikan memori silam seolah kehilangan tempat dalam mempengaruhi dirinya.

2) Sedangkan manusia yang banyak bersendirian,tidak bergerak dalam kehidupannya,malah tiada nilai tambah dalam kehidupannya, akan sentiasa meniti dalam fikirannya akan memori-memori silamnya. Konflik identiti banyak dihadapi oleh golongan-golongan ini.

Sesungguhnya seseorang yang banyak melihat zaman silamnya kadang menjadikan dirinya 'slow' dalam pergerakan kehidupannya. Kadang-kadang mereka seolah mahu kembali kepada zaman silamnya kerana boleh jadi ada sesuatu yang menarik minatnya untuk memikirkan zaman itu.

Manusia yang suka membandingkan kejayaan atau 'sifat' yang dirasakan dahulu lebih baik dari sekarang sebenarnya berada dalam konflik identiti yang hebat. Mereka mudah merasa 'down' bila mana dirasakan seolah berlaku perubahan drastik dalam kehidupannya lebih-lebih lagi jika perubahan itu dilihat adalah perubahan yang ke arah negatif.

Jadi,apa yang perlu dilakukan???

1. Menyedari bahawa maksud kehidupan adalah yang sekarang bukan yang dahulu. Diri kita adalah yang sekarang, dan bukan yang dahulu.

2. Bandingkan diri anda dengan diri anda pada masa akan datang. Sudah tentu diri anda sekarang menjadi corak akan diri anda pada masa akan datang.

3. Bergeraklah dan teruskan bergerak. Jangan biarkan memori silam memintas perlumbaan kehidupan anda.

4. Katakan selamat tinggal kepada memori silam anda. Jika dahulunya anda baik ataupun jahat, tidak menjejaskan
langsung akan diri anda pada masa sekarang mahupun masa akan datang. Kerana manusia itu sifatnya berubah-ubah.

5. Lakukanlah pelbagai perkara yang boleh menjadi nilai tambah dalam kehidupan anda. Lebih-lebih lagi jika anda seorang pemuda.

Ayuh kita berlari...
Tinggalkan memori silam...
Bersama kita membina memori-memori indah yang baru.