huffaz bertopengkan syaitan...

ALLAh mengurniakn rahmat yang banyak pada umatNYA...antaranya nikmat bagi sesetngah hambanya ialah menghafaz al-quran..
cuba kita bilang brapa ramai jmlah umat mnusia,ttpi hnya sgrlintir yg ALLAH plih mnjadi AHLULLAH..

sayang seribu kali sayang...

kenapa mnusia yg bgitu mulia pd pndngan msyarakat ,kdg mnjadi org yg paling hina dlm kalangan mnusia yg biasa...ada yg sstengah darinya kdg2 menntang agama ISLAM itu sndiri..
ana x katakan semua,tapi kata org,"SUAPA YG MAKAN CILI DIA TERASA PEDASNYA"...
masyarakat sekarang amat mmrlukan golongan seperti ini sbgai pmbmbg mereka..
tapi kalau golongan ini pun teruk jgak,x tahu la nk cakap macam mana..nak harapkan mat rmpit,GRO,mat pet...hmm..x tahu la..

sebenarnya,apa yg menjadikan mereka sndiri mnganut agama ISLAM yg suci,mghafal al-quran lagi,
tapi,jadi penentang hebat...
fuuuuuhhhh...
tak takut azab ke???

yang peliknya,kdg2 lebih masyi lagi dr org biasa..

ingat,kdg2 kita merasa itu 1 anugerah,tapi kita mgkin x sedar yg 2 bleh jadi ISTIDRAJ..

apa itu USTIDRAJ ya?

itu lah satu perkara yang diberi pada hamba NYA yang ingkar yg mana dgan sesuatu nikmat yg dibrikan menjadikan dia semakin sesat..
WANAUZUBILLAHHIMINZALIK..

oleh itu sahabat2 sekalian,doalah pada ALLAH TAALA agar ALLAH tetapkan hati dan langkah kita pada jalan yang lurus..kita x tahu adakah esok lusa kita masih diizinkan utk mndapat 2 nikmat terbesar iaitu IMAN & ISLAM...bersambung..

remaja 2x??????

DETIK paling manis dalam kehidupan ialah zaman remaja. Semuanya indah dan berseri, malah badan kuat, kulit tegang, minda pun cerdas, sentiasa ceria tanpa bebanan membuatkan hati girang.

Oleh kerana itu, remaja menjadi harapan bangsa, negara dan agama, malah 1,001 harapan digalas di atas bahu remaja.


Tidak hairanlah semua ideologi mensasarkan remaja sebagai penerus kesinambungan perjuangan. Malah untuk merosakkan satu-satu bangsa selalunya diawali dengan merosakkan remaja.

Al-Quran ada menceritakan banyak teladan remaja. Cerita remaja ashabul kahfi memang patut dicontohi. Ketika manusia seluruhnya hanyut dalam sandiwara leka dunia mereka teguh lari menyelamatkan iman.

Malah, menurut riwayat, ada kalangan yang beranting-anting dan berambut panjang tetapi mereka tidak hanyut dalam kelekaan kerana ada roh agama.

Begitu juga Saidina Ali, dalam usia sembilan tahun berani menjadi galang ganti Rasulullah tidur di katil nabi laksana menggadai nyawa pada malam hijrah nabi.

Ramai remaja tertipu hidup berfoya-foya, ke hulu ke hilir tak tentu arah, asyik hendak berseronok saja, sehingga kadang-kadang terjebak dalam pelbagai skandal yang akhirnya merenggut kenikmatan remaja.

Antara sebab sesetengah remaja sanggup melakukan apa saja asalkan seronok kerana mereka berpendapat remaja hanya sekali saja, jadi bersukarialah sepuas-puasnya.

Pada mereka peluang hanya sekali. Bila tua terlepas segalanya. Inilah bisikan syaitan penuh racun yang menghancurkan remaja sepanjang zaman.

Remaja bukan sekali. Remaja sebenarnya dua kali, iaitu sekali di dunia dan lagi sekali di akhirat iaitu di syurga.

Mereka yang masuk syurga menurut satu hadis nabi ialah yang berumur lingkungan 30 tahun iaitu umur Nabi Isa.

Kenapa kita mudah tertipu dengan slogan iblis yang penuh racun itu? Slogan itu hanya mengajak dan meramaikan penghuni neraka.

Ini berpunca daripada salah tafsir mengenai keseronokan. Bila kita lihat kawan kita terbabit dalam lumba haram kita berasa mereka sangat seronok.

Justeru, tanpa berfikir panjang kita pun kepingin menurut mereka, kononnya seronok dan akhir sekali itu sajalah kita seronok. Selepas itu merana sepanjang hidup.

Remaja melihat pula mereka yang hidup bebas tanpa pegangan agama 'free love' membawa kepada 'free sex' terasa seronok, lalu terus mengidam.

Tetapi rupanya sekali itu sajalah seronok dan selepas itu merana dengan anak luar nikah serta pelbagai penyakit dan risiko.

Begitu juga dengan dadah dan segala pil khayal, berasa seronok konon melihat remaja lain mabuk dalam lautan khayalan, terus mencontohi mereka malah menjadi pelanggan dan penagih utama.

Keseronokan yang diharap rupanya kemudaratan yang berpanjangan melilit kehidupan. Demikianlah silap tanggap mengenai ketenangan dan keseronokan.

Betul sungguhlah ajakan syaitan, muda hanya sekali bererti mereka hanya muda di dunia saja dan tidak dapat menikmati muda kali kedua di akhirat iaitu muda di syurga.

Kenapakah ramai remaja tidak melihat sekumpulan remaja lain yang bukan saja berjaya dalam hidup tetapi juga tenang pada wajah dan watak mereka.

Selepas bekerja dengan tekun golongan ini bergegas ke tempat solat selepas terdengar azan Zuhur, membasuhi wajah dengan air wuduk kemudian dahi cecah ke sejadah dan berzikir berdoa tak lekang di bibir.

Kemudian, selesai mengerjakan solat mereka menyambung kerja dengan tekun dan tenang.

Apabila datang waktu Asar lagi sekali menghadap Allah, mengulangi lagi kemanisan beribadat. Dengan itu, wajah menjadi berseri dan badan pun sihat.

Sementara yang berumah tangga kehidupan rumah tangganya bahagia dan yang bekerja kadangkala menjadi ikutan kepada rakan yang lain di tempat kerja.

Bagi golongan terbabit, pelbagai majlis ilmu menjadi tumpuan sebagai santapan rohani dan minda. Mereka juga berhibur dalam batasan agama dan norma ketimuran yang penuh adap sopan.

Pendek kata mereka inilah yang mungkin mendapat muda dua kali, iaitu sekali ketika di dunia dan kerana menjaga nikmat remaja di dunia mereka mendapat kali kedua remaja di syurga yang kekal abadi

cerpen muhasabah

“Anakku, apakah tujuan utama kamu mengahwini anak perempuan ayah?” Saya masih ingat. Itulah persoalan pertama yang terpacul keluar daripada mulut ayah mentuaku. Ketika itu, saya baru sahaja menunaikan solat Asar bersamanya di Masjid. Hari itu hari kedua saya di rumah baru saya. Akad nikah semalam agak memenatkan saya. Saya menghabiskan masa dengan berzikir dan bersolat pada malamnya. Saya langsung tidak sempat untuk berbual panjang dengan isteri saya yang tercinta. Kami tidur berasingan. Saya ingin ibadah, ujar saya kepadanya. Harap isteri saya memahami kehendak saya yang semakin kecamuk rindukan zikir.“Ayah, saya berharap, saya dapat menunaikan amanat Allah, memelihara keluarga daripada sambaran neraka. Saya berharap, perkahwinan kami adalah perkahwinan akhirat bukannya dunia. Perkahwinan hati bukannya nafsu. Perkahwinan kerana menuruti sunnah bukannya mengikuti bisikan syaitan.”
Ayah mentua saya terdiam mendengar ujar saya. Beliau seorang yang sangat pengasih dan cintakan masjid. Beliau seorang yang berilmu dan kasihkan orang yang berilmu. Maka saya harus melengkapkan diri saya dengan pakej sepertinya.Saya tidak melalaikan isteri saya dengan bujukan-bujukan dunia. Sebaliknya saya mesti melalaikan isteri saya dengan keasyikan beribadah kepada Allah. Sebagai suami, saya dicipta bukan untuk melalaikan mujahidah. Sebagai suami, saya mesti memandu isteri saya mendekati Allah dan saya harus bersabar di atas jalan yang mulia ini.Saya tidak mampu menjamin kesenangan dunia kepadanya. Namun saya berusaha untuk menjinakkan nafsunya dan tunduk sepenuhnya kepada Pencipta. Kelak apabila Allah bertanya kepada saya, “Apakah makna perkahwinan kamu?” Saya akan menjawab, “Erti perkahwinan kami terletak kepada susah payah kami mencari dan mengejar hakikat diri-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.”Saya membimbing isteri, isteri saya juga membimbing saya. Kami mesti saling bergerak melangkah ke arah kehidupan akhirat yang penuh dengan nikmat. Pembebasan dari neraka, itu misi utama saya. Itu yang saya tegaskan kepada ayah mertua saya, dengan penuh keazaman.“Ayah, nafsu mengajak saya agar tenggelam dalam manja seorang isteri saya. Hati saya pula mengajak saya agar jatuh ke haribaan Tuhan. Saya takut di saat saya bergembira dengan isteri saya, kegembiraan itu sebenarnya merupakan tiket ke neraka. Biarlah kami hidup susah payah asalkan kesusahan itu jaminan ke syurga, ayah,” ujar saya, sedikit sebak.Ramai orang berilmu namun ia angkuh dengan ilmunya. Maka lebih baik orang yang kurang ilmu namun ia berakhlak mulia. Ramai orang yang banyak ibadahnya namun memandang rendah kepada orang lain. Lebih baik sedikit ibadah namun perasaan sangka baik sentiasa menghiasi diri. Ramai yang berkahwin dan menyangka agamanya hampir separuh tersempurna. Walhal sebenarnya perkahwinan tu bakal mengheretnya ke neraka. Wal’iyazabalillah.Suami itu adalah raja’, harapan isteri untuk menyelamatkannya daripada lembah jahannam. Isteri itu khauf, menjadi ketakutan pada suami sehingga mendesak mereka melakukan amal sebaiknya.Celakalah seorang isteri yang hanya pandai menarik perhatian suaminya dengan kecantikan zahiriyah. Namun bahagialah seorang isteri yang pandai menarik suami dengan ketinggian Iman. Celakalah suami yang hanya pandai menambat hati isteri dengan harta dan emas. Namun bahagian bagi suami yang pandai menambat hati isterinya dengan limpahan taqwa dan tawakal.Yang menentukan kebahagian rumah tangga adalah Allah. Bukan suami dan bukan isteri. Maka suami dan isteri yang jauh dari lembah keimanan tidak akan mampu mengecapi kemanisan Iman dalam berumah tangga.Kata guru saya, sebelum saya menuju alam perkahwinan, “Ramai berkahwin kerana ingin menjaga keimanan. Tapi tidak ramai yang ingin menjaga keimanan dengan berkahwin.“Ramai yang sibuk mencari pendapatan untuk berkahwin untuk dijadikan hantaran. Namun tidak ramai yang mempersiapkan Iman untuk menghadapi alam tersebut.”Nasihat itu, amat menyengat jiwa.