Cinta Si Dia vs Cinta Ibu Bapa


Alhamdulillah, selawat dan salam kita ucapkan pada junjungan besar nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. . Salam kehormatan juga kita ucapkan buat para sahabat baginda dan juga buat muslimin dan muslimat yang masih hidup ataupun yang telah bertemu ALLAH TAALA. Alhamdulillah, ana bersyukur padanNYA kerana memberi peluang pada ana untuk menulis walaupun kadang-kadang masa amat mencemburui diri ini.

InsyaALLAH, pada post ana kali ini ana ingin membuka satu persoalan yang kadang-kadang hangat di perkatakan. Antara cinta Si Dia dan cinta Ibu Bapa , mana yang mahu didahulukan. Memang tidak dapat dinafikan sesetengah pihak mengatakan bahawa mereka mungkin sudah sampai jodohnya. Jadi, nak buat macam mana kan??

Satu jawapan yang boleh diterima akal tetapi kurang kuat hujahnya. Ana tidak bermaksud untuk menolak takdir ALLAH TAALA yang sudah menetapkan jodoh seseorang itu dengan siapa dan bila dia akan menghadapinya. Hakikatnya, ana sendiri yang menulis ini pun tidak mengetahui bila dan dengan siapa ana akan dijodohkan kelak.

Sahabat-sahabat yang ana kasihi sekalian,



Persoalan yang ana cuba ana bangkitkan ini bukanlah terlalu menyeluruh kepada semua pihak, tetapi ana mahu tujukan kepada sahabat-sahabat yang masih lagi bergelar seorang mahasiswa dan mahasiswi. Golongan yang mana sedang bertarung bermati-matian demi mendapatkan segulung ijazah yang mana mahu dijadikan satu sandaran bagi membuka mata pihak lain bahawa aku adalah seorang siswazah. Bukan mahu menunjuk dan memdabik dada tetapi hanya mahu memenuhi keperluan duniawi yang menuntut seseorang itu mempunyai satu pencapaian yang dapat dinilai secara zahiriah oleh satu-satu pihak.

Sahabat, persoalan kahwin muda ini bukanlah perkara baru yang melanda dalam diri para mahasiswa dan mahasisiwi zaman seantero ini. Tetapi telah lama menjadi bahan perbualan dalam kalangan siswa mahupun siswi.

Situasi 1

Eh mad, enta nak kahwin bila nanti?
Emm..Ana rasa nanti dah tahun 4 atau tahun akhir nanti ana kahwinlah.

Situasi 2

Man, kau rasa kau nak tamatkan zaman bujang kau bila?
Entah la Hanif. Calonnya dah ada, tapi mak aku cakap lepas aku habis belajar ni, dia nak aku duduk dengan dia dulu setahun. ALLAH, tua aku macam ni. Habis belajar medicine ni dah 26 tahun. Tambah lagi setahun, mahu 27 baru aku kahwin. ALLAH, bujang terlajak dah tu.

Baru-baru ini ana sempat mengikuti perbincangan bersama Ummi MedicMesir di Bait hasanah, Kaherah. Pada mulanya kami berbincang tentang program yang mahu dilaksanakan oleh para pelajar perubatan Universiti Al-Azhar Kaherah. Setelah tamat sesi perbincangan ummi bercerita sedikit berkenaan anaknya yang bakal bernikah pada pertengah bulan 2 ini di Mansourah. Anak ummi baru di tahun 4 di Universiti Mansourah dan bakal dinikahkan bersama pelajar di universiti yang sama dan merupakan pelajar perubatan tahun 4 juga di sana.

Tiba-tiba ummi bertanyakan pada kami sama ada kami sudah ada calon atau belum. ALLAH, merah muka masing-masing apabila ditanyakan soalan yang agak berat untuk dijawab. Kata ummi, kamu semua masih muda untuk memikirkan tentang persoalan yang complicated ni. InsyaALLAH, nanti bila dah tahun 4 boleh la. Dan ummi juga mem “volunteer” kan diri untuk menjadi orang tengah jika ada yang mahu ummi tolong risikkan.Satu peluang yang mungkin bakal dimanfaatkan oleh sahabat-sahabat ana pada masa akan datang. J

Persoalan kahwin awal bagi mahasiswa dan mahasiswi di Mesir bukan satu perkara yang pelik dan baru-baru ini ana bertemu dengan seorang mahasiswa Syariah Dirasat tahun 2 di Universiti Al-Azhar cawangan Tanta. Katanya beliau bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. SubhanALLAH, baru tahun 2 di universiti sudah bakal bergelar bapa.

Baiklah, berbalik pada persoalan yang kita cuba bincangkan, mana yang perlu kita utamakan antara cinta Si Dia dan cinta Ibu Bapa. Kita merujuk pada sitiasi 2 di atas. Golongan ini telah pun terikat dengan ibu bapa mereka untuk tidak menamatkan zaman bujang dalam alam pembelajarannya dan ibu bapanya pula mahu dia berkahwin selepas mereka dapat hidup selama setahun bersama anaknya.

Situasi ini samalah juga seperti situasi yang ana sedang hadapi sekarang. Tetapi, kadang-kadang ana berfikir dari sudut yang positif, mereka lebih layak untuk kita utamakan berbanding si Dia yang baru berapa lama kita kenal. 1 ,2, 3, 4, 5 atau 10 tahun pun tidak akan sama dengan bilangan tahun kita mengenali Ibu Bapa kita. Mereka telah lama berkorban diri demi mahu melihat kita berjaya dalam kehidupan pada masa akan datang. Satu tahun mahupun bertahun-tahun lamanya kita tinggal bersamanya juga tidak akan sama dengan nilai kasih sayang mereka.Kasih sayang mereka amat besar dan tidak bernilai harganya.

Sahabat-sahabat yang ana cintai keranaNYA sekalian,

Mereka sanggup berkorban demi kita, kenapa kita tidak???


Cuba sahabat-sahabat kira umur ibu dan bapa antum sekalian. Tolakkan dengan umur wafatnya kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W. berapa?

10 tahun? 5 tahun ? atau 1 tahun? Atau -5?

Bayangkan sahabat-sahabat sekalian, berapa lama masa lagi yang ada yang ALLAH tinggalkan pada kita untuk kita merasa setiap belaian daripadanya.
Merasa kehangatan dakapannya,
melihat manisnya senyuman mereka pada kita,
mendengar nasihat yang cukup-cukup bermakna daripada mereka buat bekalan pada masa akan datang ,
 dan
 merasa betapa kuasa kusupan mereka di dahi dan pipi kita.

Satu hari nanti, semua ini akan berakhir. Tiada lagi senyuman mesra , dakapan erat, ciuman kasih sayang mahupun nasihat berguna daripada mereka. Tetapi yang tinggal hanya memori indah yang hanya bisa diingati semula dan potret-potret keluarga yang bias ditatapi. Itu sahaja.Tiada lagi mereka di hadapan kita secara nyatanya.Mereka hanya wujud di alam maya kita sahaja. Hanya sekadar “bayangan gurauan” dalam kehidupan. Mereka tiada lagi di sisi kita.

Sahabat-sahabat yang ana muliakan sekalian,

Mengapa perlu merajuk jika putus cinta dengannya.
Mengapa mahu larikan diri dari rumah hanya kerana perkahwinan tidak direstui.
Mengapa mahu bermasam muka dengan ibu bapa hanya kerana mereka melarang kita berkahwin awal.

Mereka sepatutnya kita muliakan dan utamakan. Tidak rugi membahagiakan mereka dan pasti ganjaran yang besar bakal kita garapi daripadaNYA dan ana yakin memori indah bersamanya akan membuatkan hidup antum semua lebih bermakna. InsyaALLAH, ALLAH itu MAHA Berkuasa dan mengetahui setiap perjalanan hidup hambaNYA.

Ana tidak melarang untuk antum semua mahu menamatkan zaman bujang mahupun zaman anak dara antunna pada usia muda dan ketika masih lagi bergekar seorang mahasiswa @ mahasiswi. Tetapi setiap perkara yang mahu dilakukan itu seharusnya didahului dengan istikharah yang berterusan dan keyakinan dan kebergantungan kita padaNYA. Tidak perlu tergopoh-gapah dalam menilai sesuatu perkara. Berfikirlah semasak-masaknya dan nilailah diri sendiri sama ada antum dan antunna semua sudah bersedia atau tidak. InsyaALLAH, andai kita beristikhorah , meminta pendapat dari sahabat-sahabat yang sudah berpengalaman dan berfikir sehabis-habisnya, kita tidak akan rugi dan tidak akan menyesal pada masa akan datang. Hakikat menyesal di kemudian hari tiada gunanya.

Sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara. Matlamat mahu menjaga hati si dia tidak menghalalkan cara “kahwin lari” atau bernikah di Thailand.

Akhir kalam, bersama kita renungi diri kita. Adakah kita ini lebih mengutamakan si dia daripada Ibu Bapa kita yang mana satu hari nanti bakal meninggalkan kita buat selama-lamanya.

WALLAHUA’LAM


0 comment: