IMPIAN????

Syukur kepada ILAHI kerana member peluang untuk aku menghirup udara dan menikmati nikmat ALLAH yang tidak ternilai ini..selawat dan salam juga ku hadiahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat baginda..

Hmm..sedar x sedar dah tinggal 1 semester sahaja aku di DARUL QURAN ni..pelbagai perasaan menyelubungi diri aku.. ALHAMDULILLAH…lagi beberapa juzu’ lagi nak aku khatam kan al-quran.



ALHAMDULILLAH..aku bersyukur padaNYA kerana member aku peluang dan memilih aku untuk menghabiskan 30 juzu’ al-quran walaupun ramai sahabat aku yang syahid di tengah jalan akibat pelbagai masalah yang berlaku..tapi,tidak dinafikan aku juga mengahadapi masalah yang sama terutama pada sem yang ke 2..masalah demi masalah datang menguji walaupun kadang-kadang ku rasa diri ini tiada daya untuk mengarungnya lagi..

Tapi…ku kuatkan juga keazaman berbekal kudrat yang masih ALLAH kurniakan dan berbekalkan semangat dan dorongan dari keluarga dan para sahabat uang dikasihi untuk mengharungi segala dugaan yang datang melanda…

Hakikatnya…itu semua ada hikmahnya yang tersembunyi yang aku tidak ketahui kerana aku dan kamu semua insan yang lemah…


Sahabat-sahabat seperjuangan…satu hari nanti kita akan berpisah juga walaupun terpaksa..

ALLAH…..2 mggu aku terlantar sakit akibat demam denggi..2 hari duduk hospital,2 pu merayu2 nak keluar…boringnyerrrr duduk wad Hosp.Kuala Kubu Bharu,Slngor..2 hari rasa macam smggu..aku ingat lagi,masa tu aku paksa2 doktor utk kluar,aku bt alasan nak daftar dekat hospital tempat aku..lagi pun masa tu baru nak mula cuti mid semester..hmm….sekurang2nya ada la mak ayah @ adik beradik yang boleh meneman…(macam anak manja la plak)

ALHAMDULILLAH,dapat juga aku keluar dari penjara ni..?!ada juga pengajaran yang aku dapat ambil selam aku masuk wad 2 hari tu..selam aku masuk wad tu,ada 2 orang cina mati..

Mati waktu pagi plak tu..seram2 sejuk juga dibuatnya...lebih2 lagi bila dengar anak2 dia meraung2 (papa….papa….papa…waaa…waaaa.waaa…)hmm…tapi hakikatnya ALLAH dah berfirman dalam Al-Quran

“setiap yang hidup pasti akan merasai mati……”

“….bagi setiap umat mempunyai ajal,apabila ajalnya tiba,tidak dapat meminta penundaan atau percepatan walau sesaat pun”

Sepanjang perjalanan pulang aku terfikir yang orang lain pulang dalam perasaan gembira dapat jumpa kluarga..aku pulak balik2 kena daftar wad dekat tempat aku…xpe la…ada hikmahnya ujian yang aku hadapi ni..aku masih ingat lagi..aku dapat satu mesej yang paling berharga daripada sahabatku Afiq Hidayat..

“Assalamualaikum zul…Syafakallah ana ucapkan pada anta..ingatlah,kadang-kadang ALLAH datangkan satu penyakit pada kita kerana ingin beri masa pada kita untuk ingat pada DIA..selama ni anta selalu sibuk dengan kerja2 persatuan,jadi,ALLAH beri anta sakit agar anta mempunyai ada masa untuk ingat padaNYA…”


Aku dan sahabatku afiq hidayat yang sekarang berada di Universiti Kaherah,Mesir.

Satu hari,aku bertanya pada kedua ibu dan ayahku..pertanyaan yang selalu bermain di fikiranku..soalan ini bukanlah pertama kali ku Tanya..hampir nak dekat 20 kali juga rasanya ku Tanya soalan yang sama pada mereka semenjak aku berada di darjah 5 lagi..persoalan yang selalu bermain dalam benak fikiranku dan punyai makna dan erti yang besar bagi kehidupan ku..soalan ini sudah lama ku pendam semenjak aku habis sekolah hinggalah aku sambung belajar di DARUL QURAN ,JAKIM bagi mengambil persijilan tahfiz al-quran..

Aku pernah tanyakan persoalan ini pada moyang usrahku Akh Ehsan..kadang-kadang ada sesuatu yang membuatkan kluarga anta sukar untuk melepaskan anta..tapi,teruskan memujuk dan berdoa..INSYAALLAH…satu hari nanti ALLAH akan buka pintu hati mak ayah anta..

Aku bertanya pada dia tentang hadith Rasulullah S.A.W.

“keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan kedua IBU BAPA nya”

Tapi,akh Ehsan memberi hujah yang cukup meyakinkan aku tentang tujuan aku menyambung pelajaran di sana..bukan niat untuk tidak menghiraukan mereka..dan bukan pula untuk mengecilkan hati mereka..
Tapi,aku merancang masa depan aku dari sekarang..

Hmmm…nak Tanya ke tak ni ya..?!
Mungkin jawapan yang sama aku dengar @ sebaliknya yang akan diberikan oleh kedua ibu bapaku..

Xpe la,aku bertawakal pada ALLAH TAALA...ALLAH berfirman :

“…..kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad,maka bertawakallah pada ALLAH..
Sungguh ALLAH mencintai orang-orang yang bertawakal”
(Ali-Imran…ayat 159)

Mak,lepas habis DQ ni boleh x angah nak sambung pengajian angah dekat MESIR dalam bidang perubatan??

Tiba-tiba mak dan ayahku menjawab..

“angah,nak sambung blajar sana pergilah..mama dengan abah x halang..andai itu cita-cita angah.. mama dan abah restui..pergilah…nanti mama tolong uruskan.”


Abah dan mamaku yang tersayang…

ALLAH..nak berderau rasanya jantung ni…jawapan yang ku tunggu sejak dari dulu akhirnya terjawab juga.walaupun perasaan sedih timbul kerana bakal meninggalkan mereka buat satu jangka masa yang lama..aku merasa sungguh gembira kerana INSYAALLAH..andai diizinkan,aku akan menyambung pengajian di bumi barakah MESIR..

Bumi para AN-BIYAA’…bumi tempat tokoh pejuang Islam yang masyur,Salahuddun Al-Ayubi berjuang demi menegakkan Islam yang tercinta..tempat berkumpulnya Ulama’-Ulama’ yang masyur seperti Sheikh Yusuf Al-Qaradawi,Imam Syafie dan ramai lagi..


6-7 tahun pengajian bukanlah satu jangka masa yang pendek..macam-macam boleh berlaku.
Tapi,hakikatnya…nak berjaya perlukan pengorbanan..kata pepatah….

“tiada KEJAYAAN tanpa PENGORBANAN..”
“kejayaan yang ingin dicapai memerlukan seribu pengorbanan”

aku x menafikan belajar di dalam Negara ada faedahnya..aku juga x menafikan belajr di luar ada banyak faedahnya..tapi,bagiku belajar di luar Negara,kita boleh menimba banyak pengalaman hidup di samping belajar untuk hidup berdikari dan belajar hidup susah..

“orang yang asyik mendapat nikmat kesenangan,tidak akan kenal bagaimana rasanya hidup susah”

“kadang-kadang orang yang di atas perlu menurunkan darjatnya dan melihat orang di bawahnya agar dia tahu bagaimana rasanya menjadi orang di bawah”

Aku sekarang hanya mengira hari sebelum aku mencapai cita-cita aku untuk menyambung pengajian ke sana..tapi….

“kita merancang dan ALLAH juga merancang..
Tapi……..
Perancangan ALLAH itu lagi hebat dari perancangan hambaNYA”

ALLAH juga telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah :

“boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu..
Dan
Boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagi kamu..
ALLAH mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui”




WAALLAHU A’LAM..aku tidak tahu apa yang akan berlaku esok..adakah ALLAH masih memberi peluang untuk merasa nikmat-nikmat ALLAH di atas dunia yang fana’ ini…dan
Adakah ALLAH memberi peluang kepadaku untuk terus beramal dan mengabdikan diri padaNYA..



“Ya ALLAH…sesungguhnya hambamu ini insan yang hina lagi lemah..telah banyak dosa yang hambamu lakukan…tiada apa yang ku pohon dari MU Ya ALLAH melainkan rahmatMU ,keampunanMU , Kasih SayangMU , KetenanganMU dan apa yang paling penting ialah KEREDHAANMU.. sesungguhnya engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diriku
Ya ALLAH….aku beserah diri padaMU dan memohon agar cita-cita ku untuk terus berjuang menegakkan agamaMU dalam bidang perubatan ini tercapai…
AMIN YA RABBAL ‘AALAMIN..”

dengan siapa kita berkawan??

-Wahai orang2 yang mengajar dan memberikan peringatan!Tidakkah apa yang kamu ajarkan dan ingatkan itu untuk dirimu juga?Mulakanlah dengan dirimu,kemudian tegahlah pula orang lain,maka jika kamu lakukannya kamu adalah orang yang bijaksana.-

peranan sahabat amat penting dalam membentuk diri seseorang..sahabat yang baik adalah seperti matahari yang sentiasa menerangi manusia..kalau kita nak tahu perangai seseorang itu macam mana,lihatlah dengan siapa dia bersahabat..kalau baik sahabatnya,INSYAALLAH..nilai2 kebaikan pasti ada dalam dirinya..

tapi jika sebaliknya,maka,tidak hairanlah andai perangainya tidak menyenangkan hati kita..pepatah arab ada mengatakan

"andai seseorang itu berkawan dengan saudagar minyak wangi,maka sedikit sebanyak,bau haruman itu akan terpalit juga pada pakaian kita.
tetapi,andai seseorang itu berkawan dengan seorang tukang besi,maka bau hangitnya besi itu pasti akan terpalit juga pada dirinya"

sahabat...

bukan mudah mencari seorang sahabat yang istimewa..

sahabat ketawa mudah dicari,tapi sahabat di kala duka lara sukar dijumpai..carilah sahabat yang sejati walau di pelusuk rantau pun di dunia ini.andai tidak menemuinya mintalah dari ALLAH agar dikurniakan sahabat yang istimewa yang dapat menyuluh dan membimbing kita ke arah jalan yang diredhaiNYA.

andai tidak memilikinya juga di dunia,jangan lah dirisaukan,akhirat yang abadi masih pasti akn tibasatu hari nanti..apa yang penting,kita juga mestilah berusaha menjadi seorang sahabat yang mithali dan berguna pada sahabat kita..

jangan hanya mengaharap orang memberi,selalulah mendidik diri untuk memberi..
kenikmatan dalam memberi hanya diri yang ikhlas tahu menilainya..RASULULLAH S.A.W.
pernah bersabda:

"orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain"

lazimilah diri untuk memberi jangan hanya menikmati..kerana kenikmatan yang dirasai pasti akan hilang..

tapi,AWAS???

jangan keterlaluan dalam bersaudara dan dalam membenci..kerana orang yang terlalu disukai itu satu hari akan mejadi orang yang paling dibenci.dan orang yang paling dibenci itu satu hari nanti tidak mustahil akan menjadi orang yang paling dicintai..
persaudaaan itu penting...ana suka mengaitkan dengan persaudaranaan nabi khaidir dan nabi musa,nabi harun dan nabi musa.dimana kalau kita lihat dari sendiri dari sirah baginda,mereka itu saling memerlukan dan saling melengkapi.sebagai mna nabi musa memohon agar dijadikan nabi harun itu pembantunya kerana nabi harun itu lebih fasih lidahnya dari nabi musa.

samalah seperti kita.dalam persahabatan,dalam persaudaraan,amalan lengkap-melengkapi itu perlu.yang kaya bantu si miskin,yang pandai bantu si yang kurang pandai,yang kuat bantu yang tertindas,yang alim bantulah si jahil.alangkah indahnya persaudaraan dan persahabatan..satu anugerah yang tigak ternilai harganya yang dikurnuakan oleh ALLAH kepada hambanya yang dikehendaki..

cuba kita bayangkan,kita berjaya membimbing sahabat kita ke jalan yang diredhaiNYA.
MASYAALLAH..andai kita ikhlas dalam membentuknya,setiap perkara baik yang dilakukannya pasti turut memberi saham kepada kita sehingga kita mati kelak..iilah yang dinamakan ilmu yang bermanfaat..keberkatannya tiada tandingan sehingga menjadi sumber aset kepada kita untuk selamanya walaupun sudah bergelar Allahyarham/mah..

ingatlah perkara yang paling memudharatkan ialah bersahabat dengan orang alim yang lalai,atau orang sufi yang jahil,atau pemberi peringatan yang menghiasi perkataannya supaya dunia menghadap kepadanya.” -syeikh Abi Madyan-

1-Orang Alim Yang Lalai
Manusia seperti ini menarik kamu kepada Tuhan kamu dengan kata-katanya tetapi dalam masa yang sama dia menarik kamu kepada selain Allah dengan keburukan perangai dan perbuatannya.Sesungguhnya lidah perbuatan itu lebih kuat daripada lidah perkataan.Tidak duduk seseorang itu dengan orang yang berkudis melainkan akan dijangkiti kudisnya.

2-Orang Sufi Yang Jahil
Bersahabat dengan mereka amat merbahaya umpama membahayakan dan membinasakan pendengaran dan penglihatan.Mereka mendakwa memahami ilmu hakikat,padahal mereka berada jauh dan asing daripadanya.Mereka seperti orang zindiq yang menyangka perkara yang dialaminya itu datang daripada Tuhannya,sedangkan ia tidak sedar bahawa ia daripada syaitan.

3-Pemberi Peringatan Yang Berselindung Di Sebalik Peringatannya.
Dia memberi peringatan dan pengajaran dengan maksud untuk menghimpunkan dunia dan mencapai keinginaan nafsunya.Dia berkata-kata apa yang tidak dilakukannya,mengajar orang lain dan menegah daripada kelalaian,tetapi dia sendiri lebih lalai daripada mereka.

oleh yang demikian,beringatlah selalu..WALLAHUA'LAM.

Dari SMAKJ ke DARUL QURAN

Alhamdulillah & selawat dan salam bt junjungan besar Nabi MUhammad dan para sahabat..

hmm...sedar x sedar lagi 1 sem je tggal blajar di DQ.bnyak rasanya pngalamn hdup yg sudah dtimba..kdg2,rasa x nak tggalkn bumi barakah ni.tp,apakn daya,roda khidupan akan sntiasa berpusing wlaupn hati ini kdg2 mmbrontak dan walaupun kita x mahu.

dah 2 sem di dq.rasa mcm baru smalm msuk dq.x lama lg dah kna bercmpur dan bmbg masyarakt..kdg2 tmbul ktakutan di hatiku.adakah diri ini kuat utk mmbantu mmbmbg msyarakat..????
persoalan yg rasanya hanya dri ini bleh dijawab..

bkan sng mahu mndidik jiwa..ana ada baca bku IHYA' ULUMUDDIN karangan IMAM AL-GHAZALI,dalam bku ni ada mgatakan bkan sng utk brubah,tp,prubahan itu perlu.dan usaha utk ke arah itu mesti bertrusan..

macam2 perasaan yang kdg2 mnyelubungi diri ni bila dah dekat nak habiskan 30 juzu' al-quran ni.takut,gembira,ta'jub pun ada..terkejut pun ada..mmg klu difikirkan tntg pngalamn diri yang hina ni..hmm...menghitng perjalanan dari SMA KHAIRIAH,SGAMAT ke SMAKJ,KLUANG sterusnya ke DQ..

satu perjalanan yang ALLAH dah aturkan sejak azali lagi dan sudah tertulis di luh mahfuz since ana blum wjud lagi..SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH ats kurniaan ALAHI krana mmberi pluang utk diri ini menghafaz,mengamal dan mempelajari ilmu dari KITABUHU..

kadang2 rasa jga di hati ni terlintas juga rasa diri ni x layak utk mmikul tggjawab yg besar dan berat ni..tp,ana tetap yakin pada Firman ALLAH TAALA yg berbunyi LA TUKALLIFU NAFSAN ILLA WUS A'HA..aku terus kuatkan azam dan keazaman utk mngubah diri ini ke arah yang lebih baik dgan bmbingan AL-QURAN..INSYAALLAH..

bukan senang utk berubah..

pengorbanan yang besar amat diperlukan dan dugaan pasti akan datang menguji sama ada kita benar2 mahu berubah @ cuma hangat2 tahi ayam sahaja..

Semoga ALLAH merahmati diri ini yang mahu berubah ke arah jalan yang sentiasa DIREDHAINYA...

keliru

Alhamdulillah & selawat dan salam bt junjungan besar Nabi MUhammad dan para sahabat..

hmm...sedar x sedar lagi 1 sem je tggal blajar di DQ.bnyak rasanya pnagalamn hdup yg bleh dtimba..kdg2,rasa x nak tggalkn bumi barakah ni.t,apakn daya,roda khidupan akan sntiasa berpusing wlaupn hati ini kdg2 mmbrontak.

dah 2 sem di dq.rasa mcm baru smalm msuk dq.x lama lg dah kna bercmpur dan bmbg masyarakt..kdg2 tmbul ktakutan di hatiku.adakah diri ini kuat utk mmbantu mmbmbg msyarakat..????
persoalan yg rasanya hanya dri ini bleh dijawab..

bkan sng mahu mndidik jiwa..ana ada baca bku IHYA' ULUMUDDIN karangan IMAM AL-GHAZALI,dalam bku ni ada mgatakan bkan sng utk brubah,tp,prubahan itu perlu.dan usaha utk ke arah itu mesti bertrusan..

macam2 perasaan yang kdg2 mnyelubungi diri ni bila dah dekat nak habiskan 30 juzu' al-quran ni.takut,gembira,ta'jub pun ada.