Sifat Wafa'

 

Selawat dan salam seribu kehormatan dan kemulian ana hadiahkan buat junjungan Rasulullah S.A.W. , para sahabat Baginda , para Siddiqiin , Syuhada’, Tabi’dan Tabieen  dan juga buat semua umat Islam di dunia ini samaada yang masih hidup ataupun yang telah bertemu dengan NYA.




Alhamdulillah , baru-baru ini ana berkesempatan mengikuti satu perkongsian ilmu yang diadakan di Academy Centre MedicMesir dan disampaikan oleh seorang abang senior tahun 5 Universiti Tanta.Alhamdulillah , pada hari tersebut , kami telah diberi satu resipi hidup yang cukup-cukup menyelerakan iaitu berkenaan Sifat WAFA’.

Sekali dengar macam nama orang tetapi ini adalah satu sifat yang amat mulia dan seharusnya kita amalkan . Ana pasti , setiap dari kita sebenarnya sudah mempunyai sifat ini tetapi mungkin kadang-kadang kita jarang menyiramnya selalu dengan cara mengamalkannya dalam setiap detik kehidupan kita.

Baiklah , sifat Wafa’ boleh didefinisikan dengan dua definisi. Pertamanya ia bermaksud Membayar dan yang keduanya ianya jugaboleh membawa maksud setia. Hakikat dalam dunia ini , manusia yang paling Wafa’adalah Rasulullah S.A.W. dan sudah pasti jika kita mengamalkannya ia menunjukkkan kita ini sudah mengikut salah satu daripada Sunnah Rasulullah S.A.W. yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Dalam kehidupan kita di dunia , kita sebenarnya mempunyai dua hutang :

i)                    Hutang harta
ii)                   Hutang makruf ( Budi/kebaikan)

Hutang harta adalah hutang yang lebih berkaitan dengan nilaian atau mata wang ringgit. Contohnya Ahmad berhutang dengan Abu sebanyak RM3.00. Itu dinamakan sebagai hutang harta dan Ahmad wajib membayarnya dan jika dia tidak membayarnya , mungkin dia akan merasa serba-salah atau mungkin Abu akan marah padanya atau apa sahaja kemungkinan yang mungkin belaku jika Ahmad tidak membayarnya. Berbeza pula dengan hutang Makruf (Budi / Kebaikan ). Setiap dari kita pasti pernah makan budi dengan orang lain ataupun antum pernah membuat budi dengan orang lain. Pasti pernah bukan?

Sebagai contoh Nurul membantu Rosma menguruskan borangnya ke Universiti. Ini bermakna Rosma telah berhutang budi dengan Nurul. Persoalannya, bagaimana nak bayarnya? Wajibkah? Berdosakah kalau tak bayar hutang budi tu?

Bagi ana, jawapannya ada pada sahabat-sahabat semua. Mungkin Rosma boleh membayar budi Nurul dengan membelanjanya makan atau mungkin dengan membayarnya atau mungkin dengan mengucapkan terima kasih atau apa sahaja yang boleh dilakukan sebagai satu tanda menghargai dan membayar budi Nurul.

Jadi , jika dilihat dari sudut yang lebih mendalam , Ahmad dan Rosma adalah manusia yang mempunyai sifat Wafa’. Ini kerana , Ahmad dan Rosma mempunyai sifat setia akan amanahnya iaitu membayar hutang. Hakikat manusia yang tidak mempunyai sifat Wafa’ ini tidak akan merasa langsung perasaan nak membalas budi apatah lagi mahu membayar hutang. Baginya semuanya itu tak penting. Semoga kita dijauhkan daripada sifat yang tercela ini.

Oleh yang demikian , bolehlah kita simpulkan di sini , Wafa’ ini bermaksud kesetiaan seseorang itu terhadap satu-satu perkara yang berkaitan dalam kehidupannya samaada berkaitan kewangan , persahabatan , hubungan kasih sayang dan sebagainya.

Wafa’itu Barakah

Sahabat, orang Amerika yang mana Negara mereka bukanlah Negara Islam menjadikan sifat Wafa’ini sebagai salah satu perkara yang mereka terapkan dalam pendidikan kanak-kanak di sekolah-sekolah rendah. Mereka menerapkan sifat ini dengan mengaitkan dengan sebuah cerita. Tetapi , bagaimana pula dengan sistem pendidikan kita. Agak kurang sifat ini diterapkan dan kebanyakan Media Massa yang berperanan besar dalam menyebarkan mesej-mesej penting memaparkan banyak babak dalam siaran mereka berkenaan sifat-sifat yang tidak patut diamalkan antara ibu atau bapa dengan anak-anaknya, anak murid dengan gurunya , orang muda dengan orang tua , kanak-kanak dengan golongan dewasa dana sebagainya. Kita diterapkan dengan sifat yang buruk seperti mengejek , memukul dan sebagainya.

Kisah Renungan

Cerita ini berkaitan dengan Tentera Amerika yang mana pada Perang Dunia yang ke-2 , pihak Merika telah bertindak menyerang semua kawasan di dunia ini bagi meluaskan takluknya. Tetapi , lama-kelamaan pihak tentera Amerika mengalami kejatuhan semangat yang sangat teruk. Mereka semua sudah tidak bermaya dan sudah tidak bersemangat mahu terus berjuang. Ini disebabkan dengan keletihan , kematian sahabat-sahabat handai dan banyak lagi sebab yang membuatkan semangat mereka jatuh.

Melihat akan situasi yang berlaku dalam kalangan tentera Amerika itu , pihak atasan tentera tersebut merasa rungsing dan cuba mencari solution bagi menyelesaikan masalah tersebut. Maka timbullah satu idea mereka yang mana mereka telah menggunakan sifat Wafa’sebagai solusi . Mereka telah mengarahkan pusat Ketenteraan di London agar menyuruh semua perempuan-perempuan cantik yang ada di sana agar dikumpulkan dan memilih mana-mana askar-askar yang mereka minati dan menulis satu pucuk surat yang lebih berbaur semangat bagi membakar semangat tentera-tentera Amerika yang mana mereka semua rata-rata sudah kehilangan semangat.

Kemudian , surat-surat yang sudah ditulis itu dihantar kepada semua askar-askar mengikut nama-nama yang tercatit pada surat tersebut.Selepas semua askar-askar tersebut dapat surat mereka masing-masing dan membacanya. Ternyata rancangan pihak atasan Amerika berjaya memulihkan semangat tentera-tenteranya . Ini kerana tentera-tnteranya merasa terharu dan bersemangat kerana ada perempuan rakyat negaranya yang mengambil berat tentang mereka dan amat mengharapkan mereka teus berjuang bermati-matian sehingga mereka berjaya pulang. Selepas itu , tentera-tentera Amerika mula bersemangat semula untuk meneruskan peperangan sehinggalah mereka Berjaya.

Setelah Berjaya dalam semua peperangan dalam menakluki dunia , semua askar-askar Amerika pulang semula ke London dengan perasaan yang sangat gembira. Dalam kalangan tentera Amerika itu , ada seorang tentera ini yang semakin rapat berhubung dengan perempuan yang mengutuskan surat kepadanya sehingga akhirnya mereka bercinta . Pada akhir surat yang ditulis oleh askar tersebut kepada perempuan tersebut , dia menyatakan bahawa dia mahu bertemu dengannya di London sesudah dia sampai di sana.Dia juga menyatakan hasrat hatinya untuk berkahwin dengan perempuan tersebut walaupun bagaimana rupa dan keadaan perempuan kerana baginya perempuan itu telah bersifat Wafa’padanya dan menjadi pendokong buatnya selama ini yang sentiasa member dorongan dan semangat di sisinya samaada ketika susah mahupun senang dan menyelamatkan dia daripada mati dalam peperangan tersebut. Oleh itu, dia menyuruh perempuan tersebut agar menyambutnya di Stesen Keretapi di London.

Kemudian , perempuan tersebut membalas surat tersebut dengan menyatakan bahawa bagaimana mereka mahu berjumpa sedangkan mereka tidak pernah berjumpa langsung dan mereka Cuma mengenali antara satu sama lain melalui berutus surat sahaja . Si askar tidak tahu bagaimana rupa perempuan tersebut dan si perempuan juga tidak tahu bagaimana rupa si askar tersebut. Dan perempuan itu juga bimbang jika si askar tersebut tidak menerimanya. Walaubagaimanapun , perempuan itu menyatakan dalam suratnya bahawa dia bersetuju untuk menunggu dan menanti si askar tersebut di stesen keretapi dan dia menyuruh si askar mencari seorang perempuan yang meletakkan bunga di koceknya kerana itulah dia. Dia juga menyatakan bahawa jika dia menjumpainya , dan amatilah . Jika dia berkenan ,maka kenalkanlah dirinya supaya si perempuan tersebut mengenalinya. Tetapi , jika tidak berkenan maka cukuplah memandangnya sebentar dan jangan menegurnya dan kerana dia tidak mahu berasa hati dan merasa kecewa di kemudian hari.

Setelah tentera-tentera Amerika sampai di stesen keretapi London , mereka semua turun dengan gembiranya kerana dapat pulang semula ke tanah airnya. Pada masa yang sama juga  si askar tadi terus keluar dari keretapi dengan perasaan berdebar kerana dia tidak tahu bagaimana keadaan dan rupa perempuan tersebut. Kalau cantik itu rezekinya tetapi bagaimana pula kalau dianya hodoh dan mempunyai rupa yang buruk , sudah tentu dia berbelah bagi mahu memilihnya.

Tiba-tiba , dia terlihat seorang perempuan yang sedang menunggu seseorang dan meletakkan bunga di koceknya. Tetapi alangkah terkejutnya apabila perempuan tersebut cukup-cukup hodoh dan buruk rupanya. Hati beliau berbelah bagi untuk pergi bertemu perempuan tersebut dan dia mengambil keputusan untuk tidak memperkenalkan diri. Dia terus berjalan kea rah permpuan tersebut dan Cuma menolehnya buat seketika. Tetapi , sesudah berjalan jauh daripada perempuan tersebut , dia teringat semula akan perempuan tersebut yang mana selama ini perempuan tersebut amat bersifat Wafa’dengan nya dan sentiasa menjadi pendorong semangatnya sepanjang dia berjuang.

Tanpa berfikir panjang , dia terus berpatah balik dan menuju ke arah perempuan tersebut dan terus memperkenalkan diri. Baginya  tidak kisahlah bagaimana rupanya , asalkan dia sudah lama menjadi pendokong setia di sisinya selama ini. Tiba-tiba , si perempuan tersebut menyatakan bahawa dia bukanlah perempuan yang di carinya , tetapi perempuan yang dicarinya ada di hujung stesen sana. Si askar tersebut terus memandang ke arah tempat yang ditunjuk oleh perempuan tersebut. Dia merasa sungguh terperanjat kerana perempuan yang dimaksudkan oleh perempuan tadi adalah seorang perempuan yang sungguh cantik dan sangat baik rupa parasnya. Perempuan yang hodoh itu menyatakan bahawa dia diupah oleh perempuan cantik itu untuk menunggu askar tersebut kerana dia ingin melihat dari jauh bagaimana keikhlasan dan tahap sifat Wafa’si askar tersebut.

Sahabat-sahabat yang ana kasihi dan rahmati sekalian, hakikatnya jika bersikap Wafa’kita tidak akan rugi dan ALLAH amat menyukai sifat ini kerana ianya termasuk dalam salah satu daripada sifat-sifat mulia yang patut kita amalkan.

Rasanya sampai di sini sahaja coretan ana buat kali ini. Diharap para sahabat dapat mengambil iktibar dan pengajaran atas kisah yang ana sampaikan di atas.

Salam hormat dan Siiru Ala Barakatillah..


0 comment: