Singgah sebentar.

SubhanALLAH , sudah lama tak update blog. Ana memohon ampun pada semua sahabat-sahabat yang sudi follow blog ana yang tak seberapa ini.

Alhamdulillah , bersyukur kepadaNYA kerana mengurniakan kebebasan dan keamanan kepada Negara yang penuh barakah ini , Mesir. Pada minggu yang lepas , doktor Physiology ana ada menyatakan akan kesyukuran kepadaNYA berkenaan negara mesir sekarang. Semuanya adalah nikmat dariNYA dan kalau diteliti betul-betul , rakyat Mesir tidak akan dapat mengadakan revolusiseperti yang berlaku sekarang tanpa petunjuk dan perancangan serta kehendak ALLAH.

" New Egypy ".. Itulah slogan yang begitu sesuai dapat digambarkan kepada negara Mesir. Dahulunya perubahan yang ingin dilakukan kepada negara ini begitu sukar dan sudah tentu dihalang oleh pihak polis. Alhamdulillah , segalanya telah berubah. Mesir sedang proses renovate secara perlahan-lahan.

Cumanya, baru-baru ini, sedikit perubahan telah berlaku kepada sistem universiti ana. Dahulunya Dean Universiti Tanta dipilih oleh pihak yang bertanggungjawab dan mesti mendapat kelulusan daripada pihak polis. Tetapi, segalanya telah bertukar selepas pemberontakan. Sistem pemilihan DEAN Universiti Tanta dipilih oleh pelajar sendiri melalui pilihan raya..

Hmm..mungkin pelik tapi ianya benar berlaku. Cumanya kadang-kadang bising satu universiti dengan sorakan penyokong masing-masing.. Dah macam MUZAHARAT.

Ok lah , sampai di sini sahaja coretan ana. IsyaALLAH pada post yang akan datang ana akan berkongsi dengan sahabat-sahabat mengenai pengalaman ana sepanjang Muzaharat dan Evakuasi Mesir.

Salam perjuangan..
WALLAHUA'LAM..














0 comment: