khutbah dan si gila

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhheL-oppvJas6oHoPrl1WkNJncYvvgg35SuGRbfSyvqqTcQl9pApa14s9cKxwR2s3maHamcPXzjd6oCHtULASq-vBKCl-WLkgyjshI5V5sJdNmU77chHL9mHuGSXW238TQtLVS7Vmn5JM/s320/The_Eid_Khutbah_by_iraqiguy.jpg

"Maka oleh itu diamlah dan dengar dengan taat, moga kita semua mendapat rahmat. Insya Allah."

******

Itulah yang seringkali diingatkan oleh bilal kepada para jemaah sebelum khutbah Jumaat dibacakan.

Berbeza dengan keadaan zaman Nabi & sahabat di mana para jemaah boleh berinteraksi dan bertanyakan soalan kepada khatib, kita hari ini disuruh 'diam dan dengar dengan taat'.

Hadis riwayat Bukhari yang menyatakan bahawa pahala Jumaat akan luput walaupun dengan kita menyuruh sahabat kita 'diam' sekalipun, seringkali disalah fahami. Ia bermaksud berbual sesama rakan sebelah, bukan dengan khatib.

Namun hari ini di Malaysia, andaikata saya bangun bertanyakan soalan atau menegur khatib ketika khutbah Jumaat, sudah pasti saya akan dilabel gila. Silap-silap ditangkap orang Jabatan Agama.

Mungkinkah itu sebabnya umat Islam hari ini mundur? Sikap taqlid buta dan mengangguk sahaja, tanpa berfikiran kritis telah dipupuk seawal peringkat masyarakat setempat lagi.

Bagaimana ingin melahirkan masyarakat yang unggul di mata dunia?

Khutbah yang disampaikan pun sangat statik dan tidak inovatif. Saya akui perkara-perkara asas di dalam Islam tidak boleh diubah. Tapi cara persembahan dan huraiannya sangat menerima perkembangan dan pendekatan baru, selaras dengan peredaran zaman.

Ia secara tidak langsung menghadkan para jemaah untuk berinteraksi dengan khatib. Lebih teruk lagi, menyebabkan ketiduran.

Tapi iyelah, nak berinteraksi macam mana. Khutbah pun baca teks.

0 comment: