Alhamdulillah

Syukur kepada ILAHI kerana member peluang untuk aku menghirup udara dan menikmati nikmat ALLAH yang tidak ternilai ini..selawat dan salam juga ku hadiahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat baginda..

Hmm..sedar x sedar dah tinggal 1 semester sahaja aku di DARUL QURAN ni..pelbagai perasaan menyelubungi diri aku.. ALHAMDULILLAH…lagi beberapa juzu’ lagi nak aku khatam kan al-quran.



ALHAMDULILLAH..aku bersyukur padaNYA kerana member aku peluang dan memilih aku untuk menghabiskan 30 juzu’ al-quran walaupun ramai sahabat aku yang syahid di tengah jalan akibat pelbagai masalah yang berlaku..tapi,tidak dinafikan aku juga mengahadapi masalah yang sama terutama pada sem yang ke 2..masalah demi masalah datang menguji walaupun kadang-kadang ku rasa diri ini tiada daya untuk mengarungnya lagi..

Tapi…ku kuatkan juga keazaman berbekal kudrat yang masih ALLAH kurniakan dan berbekalkan semangat dan dorongan dari keluarga dan para sahabat uang dikasihi untuk mengharungi segala dugaan yang datang melanda…

Hakikatnya…itu semua ada hikmahnya yang tersembunyi yang aku tidak ketahui kerana aku dan kamu semua insan yang lemah…


Sahabat-sahabat seperjuangan…satu hari nanti kita akan berpisah juga walaupun terpaksa..

ALLAH…..2 mggu aku terlantar sakit akibat demam denggi..2 hari duduk hospital,2 pu merayu2 nak keluar…boringnyerrrr duduk wad Hosp.Kuala Kubu Bharu,Slngor..2 hari rasa macam smggu..aku ingat lagi,masa tu aku paksa2 doktor utk kluar,aku bt alasan nak daftar dekat hospital tempat aku..lagi pun masa tu baru nak mula cuti mid semester..hmm….sekurang2nya ada la mak ayah @ adik beradik yang boleh meneman…(macam anak manja la plak)

ALHAMDULILLAH,dapat juga aku keluar dari penjara ni..?!ada juga pengajaran yang aku dapat ambil selam aku masuk wad 2 hari tu..selam aku masuk wad tu,ada 2 orang cina mati..

Mati waktu pagi plak tu..seram2 sejuk juga dibuatnya...lebih2 lagi bila dengar anak2 dia meraung2 (papa….papa….papa…waaa…waaaa.waaa…)hmm…tapi hakikatnya ALLAH dah berfirman dalam Al-Quran

“setiap yang hidup pasti akan merasai mati……”

“….bagi setiap umat mempunyai ajal,apabila ajalnya tiba,tidak dapat meminta penundaan atau percepatan walau sesaat pun”

Sepanjang perjalanan pulang aku terfikir yang orang lain pulang dalam perasaan gembira dapat jumpa kluarga..aku pulak balik2 kena daftar wad dekat tempat aku…xpe la…ada hikmahnya ujian yang aku hadapi ni..aku masih ingat lagi..aku dapat satu mesej yang paling berharga daripada sahabatku Afiq Hidayat..

“Assalamualaikum zul…Syafakallah ana ucapkan pada anta..ingatlah,kadang-kadang ALLAH datangkan satu penyakit pada kita kerana ingin beri masa pada kita untuk ingat pada DIA..selama ni anta selalu sibuk dengan kerja2 persatuan,jadi,ALLAH beri anta sakit agar anta mempunyai ada masa untuk ingat padaNYA…”


Aku dan sahabatku afiq hidayat yang sekarang berada di Universiti Kaherah,Mesir.

Satu hari,aku bertanya pada kedua ibu dan ayahku..pertanyaan yang selalu bermain di fikiranku..soalan ini bukanlah pertama kali ku Tanya..hampir nak dekat 40 kali juga rasanya ku Tanya soalan yang sama pada mereka semenjak aku berada di darjah 5 lagi..persoalan yang selalu bermain dalam benak fikiranku dan punyai makna dan erti yang besar bagi kehidupan ku..soalan ini sudah lama ku pendam semenjak aku habis sekolah hinggalah aku sambung belajar di DARUL QURAN ,JAKIM bagi mengambil persijilan tahfiz al-quran..

Aku pernah tanyakan persoalan ini pada moyang usrahku Akh Ehsan..

“kadang-kadang ada sesuatu yang membuatkan kluarga anta sukar untuk melepaskan anta..tapi,teruskan memujuk dan berdoa..INSYAALLAH…satu hari nanti ALLAH akan buka pintu hati mak ayah anta..”

Aku bertanya pada dia tentang hadith Rasulullah S.A.W.

“keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan kedua IBU BAPA nya”

Tapi,akh Ehsan memberi hujah yang cukup meyakinkan aku tentang tujuan aku menyambung pelajaran di sana..bukan niat untuk tidak menghiraukan mereka apatah lagi menderhakai mereka ..dan bukan pula untuk mengecilkan hati mereka..
Tapi,aku sedang merancang masa depan aku dari sekarang..

Hmmm…nak Tanya ke tak ni ya..?!
Mungkin jawapan yang sama aku dengar @ sebaliknya yang akan diberikan oleh kedua ibu bapaku..

Xpe la,aku bertawakal pada ALLAH TAALA...ALLAH berfirman :

“…..kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad,maka bertawakallah pada ALLAH..
Sungguh ALLAH mencintai orang-orang yang bertawakal”
(Ali-Imran…ayat 159)

Mak,lepas habis DQ ni boleh x angah nak sambung pengajian angah dekat MESIR dalam bidang perubatan??

Tiba-tiba mak dan ayahku menjawab..

“angah,nak sambung blajar sana pergilah..mama dengan abah x halang..andai itu cita-cita angah.. mama dan abah restui..pergilah…nanti mama tolong uruskan.”


Abah dan mamaku yang tersayang…

ALLAH..nak berderau rasanya jantung ni…jawapan yang ku tunggu sejak dari dulu akhirnya terjawab juga.walaupun perasaan sedih timbul kerana bakal meninggalkan mereka buat satu jangka masa yang panjang..aku merasa sungguh gembira kerana INSYAALLAH..andai diizinkan,aku akan menyambung pengajian di bumi barakah MESIR..

Bumi para AN-BIYAA’…bumi tempat tokoh pejuang Islam yang masyur,Salahuddun Al-Ayubi berjuang demi menegakkan Islam yang tercinta..tempat berkumpulnya Ulama’-Ulama’ yang masyur seperti Sheikh Yusuf Al-Qaradawi,Imam Syafie dan ramai lagi..


6-7 tahun pengajian bukanlah satu jangka masa yang pendek..macam-macam boleh berlaku.
Tapi,hakikatnya…nak berjaya perlukan pengorbanan..kata pepatah….

“tiada KEJAYAAN tanpa PENGORBANAN..”

“kejayaan yang ingin dicapai memerlukan seribu pengorbanan”

aku x menafikan belajar di dalam Negara ada faedahnya..aku juga x menafikan belajr di luar ada banyak faedahnya..tapi,bagiku belajar di luar Negara,kita boleh menimba banyak pengalaman hidup di samping belajar untuk hidup berdikari dan belajar hidup susah..

“orang yang asyik mendapat nikmat kesenangan,tidak akan kenal bagaimana rasanya hidup susah”

“kadang-kadang orang yang di atas perlu menurunkan darjatnya dan melihat orang di bawahnya agar dia tahu bagaimana rasanya menjadi orang di bawah”

Aku sekarang hanya mengira hari sebelum aku mencapai cita-cita aku untuk menyambung pengajian ke sana..tapi….

“kita merancang dan ALLAH juga merancang..
Tapi……..
Perancangan ALLAH itu lagi hebat dari perancangan hambaNYA”

ALLAH juga telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah :

“boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu..
Dan
Boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagi kamu..
ALLAH mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui”




WAALLAHU A’LAM..aku tidak tahu apa yang akan berlaku esok..adakah ALLAH masih memberi peluang untuk merasa nikmat-nikmat ALLAH di atas dunia yang fana’ ini…dan
Adakah ALLAH akan memberi peluang kepadaku untuk terus beramal dan mengabdikan diri padaNYA..



“Ya ALLAH…sesungguhnya hambamu ini insan yang hina lagi lemah..telah banyak dosa yang hambamu lakukan…tiada apa yang ku pohon dari MU Ya ALLAH melainkan rahmatMU ,keampunanMU , Kasih SayangMU , KetenanganMU dan apa yang paling penting ialah KEREDHAANMU.. sesungguhnya engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diriku
Ya ALLAH….aku beserah diri padaMU dan memohon agar cita-cita ku untuk terus berjuang menegakkan agamaMU dalam bidang perubatan ini tercapai…
AMIN YA RABBAL ‘AALAMIN..”

0 comment: