Nikmat Sebuah Keinsafan

NIKMAT SEBUAH KEINSAFAN

Selawat dan Salam diucapkan buat junjungan besar nabi kita ,Nabi Muhammad S.A.W..Tidak dilupakan buat para sahabat baginda baginda dan keluarganya.Semoga rahmat ALLAH senantiasa bersama kita.



Sahabatku,dalam menyusuri kehidupan sebagai hambaNYA apatah lagi sebagai seorang Hamalatul Quran,tidak dapat dinafikan setiap hari kita pasti akan diuji dengan ujian yang berbagai rupa.Sehingga satu ketika,kita tersungkur dihadapanNYA oleh kerana lemahnya iman di hati dan nafsu yang semakin bermaharajalela.ALLAH berfirman dalam Al-Quran :

“ Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari tuhanmu…”
( ALI-IMRAN 3:133 )



Hakikatnya diri kita tidak dapat lari daripada melakukan melakukan apa-apa kesilapan.tetapi ALLAH mengurniakan satu nikmat yang paling berharga bagi yang tersasar dari jalanNYA,iaitu nikmat sebuah keinsafan.Alangkah bahagianya orang yang dikurniakan nikmat tersebut.Merasa diri hina di sisiNYA sedangkan diri berusaha untuk mencari redhaNYA dan keampunanNYA.Merasa diri lemah sedangkan dirinya tidak pernah lupa untuk memohon agar diberi sedikit kekuatan dalam melayari ranjau kehidupan.

Firman ALLAH dalam Surah At-Tahrim ayat 8 :

“ Wahai orang-orang yang beriman,bertaubatlah kepada ALLAH dengan taubat yang semurni-murninya,mudah-mudahan TUHAN KAMU akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu…”

Oleh itu,ana mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama kita memohon ampun dan bertaubat kepadaNYA atas segala dosa yang telah kita lakukan.Berdoalah agar dikurniakan kepada kita nikmat yang berharga ini.



Tanpa nikmat tersebut,nescaya kita akan menjadi seorang pengembara yang buta dalam cahayaNYA.Tanpa segan silu melakukan maksiat kepadaNYA dan tanpa rasa bersalah merasa diri sudah hebat disisiNYA.Alangkah ruginyahidup kita di dunia.

WALLAHUA’LAM





0 comment: