dengan siapa kita berkawan??

-Wahai orang2 yang mengajar dan memberikan peringatan!Tidakkah apa yang kamu ajarkan dan ingatkan itu untuk dirimu juga?Mulakanlah dengan dirimu,kemudian tegahlah pula orang lain,maka jika kamu lakukannya kamu adalah orang yang bijaksana.-

peranan sahabat amat penting dalam membentuk diri seseorang..sahabat yang baik adalah seperti matahari yang sentiasa menerangi manusia..kalau kita nak tahu perangai seseorang itu macam mana,lihatlah dengan siapa dia bersahabat..kalau baik sahabatnya,INSYAALLAH..nilai2 kebaikan pasti ada dalam dirinya..

tapi jika sebaliknya,maka,tidak hairanlah andai perangainya tidak menyenangkan hati kita..pepatah arab ada mengatakan

"andai seseorang itu berkawan dengan saudagar minyak wangi,maka sedikit sebanyak,bau haruman itu akan terpalit juga pada pakaian kita.
tetapi,andai seseorang itu berkawan dengan seorang tukang besi,maka bau hangitnya besi itu pasti akan terpalit juga pada dirinya"

sahabat...

bukan mudah mencari seorang sahabat yang istimewa..

sahabat ketawa mudah dicari,tapi sahabat di kala duka lara sukar dijumpai..carilah sahabat yang sejati walau di pelusuk rantau pun di dunia ini.andai tidak menemuinya mintalah dari ALLAH agar dikurniakan sahabat yang istimewa yang dapat menyuluh dan membimbing kita ke arah jalan yang diredhaiNYA.

andai tidak memilikinya juga di dunia,jangan lah dirisaukan,akhirat yang abadi masih pasti akn tibasatu hari nanti..apa yang penting,kita juga mestilah berusaha menjadi seorang sahabat yang mithali dan berguna pada sahabat kita..

jangan hanya mengaharap orang memberi,selalulah mendidik diri untuk memberi..
kenikmatan dalam memberi hanya diri yang ikhlas tahu menilainya..RASULULLAH S.A.W.
pernah bersabda:

"orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain"

lazimilah diri untuk memberi jangan hanya menikmati..kerana kenikmatan yang dirasai pasti akan hilang..

tapi,AWAS???

jangan keterlaluan dalam bersaudara dan dalam membenci..kerana orang yang terlalu disukai itu satu hari akan mejadi orang yang paling dibenci.dan orang yang paling dibenci itu satu hari nanti tidak mustahil akan menjadi orang yang paling dicintai..
persaudaaan itu penting...ana suka mengaitkan dengan persaudaranaan nabi khaidir dan nabi musa,nabi harun dan nabi musa.dimana kalau kita lihat dari sendiri dari sirah baginda,mereka itu saling memerlukan dan saling melengkapi.sebagai mna nabi musa memohon agar dijadikan nabi harun itu pembantunya kerana nabi harun itu lebih fasih lidahnya dari nabi musa.

samalah seperti kita.dalam persahabatan,dalam persaudaraan,amalan lengkap-melengkapi itu perlu.yang kaya bantu si miskin,yang pandai bantu si yang kurang pandai,yang kuat bantu yang tertindas,yang alim bantulah si jahil.alangkah indahnya persaudaraan dan persahabatan..satu anugerah yang tigak ternilai harganya yang dikurnuakan oleh ALLAH kepada hambanya yang dikehendaki..

cuba kita bayangkan,kita berjaya membimbing sahabat kita ke jalan yang diredhaiNYA.
MASYAALLAH..andai kita ikhlas dalam membentuknya,setiap perkara baik yang dilakukannya pasti turut memberi saham kepada kita sehingga kita mati kelak..iilah yang dinamakan ilmu yang bermanfaat..keberkatannya tiada tandingan sehingga menjadi sumber aset kepada kita untuk selamanya walaupun sudah bergelar Allahyarham/mah..

ingatlah perkara yang paling memudharatkan ialah bersahabat dengan orang alim yang lalai,atau orang sufi yang jahil,atau pemberi peringatan yang menghiasi perkataannya supaya dunia menghadap kepadanya.” -syeikh Abi Madyan-

1-Orang Alim Yang Lalai
Manusia seperti ini menarik kamu kepada Tuhan kamu dengan kata-katanya tetapi dalam masa yang sama dia menarik kamu kepada selain Allah dengan keburukan perangai dan perbuatannya.Sesungguhnya lidah perbuatan itu lebih kuat daripada lidah perkataan.Tidak duduk seseorang itu dengan orang yang berkudis melainkan akan dijangkiti kudisnya.

2-Orang Sufi Yang Jahil
Bersahabat dengan mereka amat merbahaya umpama membahayakan dan membinasakan pendengaran dan penglihatan.Mereka mendakwa memahami ilmu hakikat,padahal mereka berada jauh dan asing daripadanya.Mereka seperti orang zindiq yang menyangka perkara yang dialaminya itu datang daripada Tuhannya,sedangkan ia tidak sedar bahawa ia daripada syaitan.

3-Pemberi Peringatan Yang Berselindung Di Sebalik Peringatannya.
Dia memberi peringatan dan pengajaran dengan maksud untuk menghimpunkan dunia dan mencapai keinginaan nafsunya.Dia berkata-kata apa yang tidak dilakukannya,mengajar orang lain dan menegah daripada kelalaian,tetapi dia sendiri lebih lalai daripada mereka.

oleh yang demikian,beringatlah selalu..WALLAHUA'LAM.

0 comment: