.....dok??......Doh??.......bai??..


Alhamdulillah, ALLAH masih lagi memberi peluang pada kita untuk terus menikmati segala nikmatNYA di samping dapat menambahkan lagi tahap keimanan kita padaNYA.

Sebelum ana meneruskan coretan,cuba sahabat baca 2 kisah di bawah ini dan cuba membuat perbandigan secara ilmiah..Selamat Menghayati...

Kisah 1

Ahmad dan Ali telah lama merancang untuk pergi ke Sunway Piramid untuk bermain Ice Skating.Pada satu hari, sewaktu Ahmad pergi ke kedai, dia terseempak dengan sahabatnya, Ali...

Ahmad : Hello Bro? Apa khabar?

Ali : Ok. Aku sihat je..eh,ape citer plan kita hari tu?

Ahmad : Ok.Aku no hal..Kau per cer?

Ali : Aku bereh beleke,tapi kau kena belanja aku la..ha3

Ahmad : X boleh Doh..Aku punya gaji tak keluar lagi.Kau la yang belanja aku.
                Mak bapak kaya ,takkan belanja sikit pun x bole??

Ali : Ngok kau??.kaya apa, nak makan pun kadang-kadang tak de.

Ahmad : Siut la kau?!nak kencing aku kan??..yela2..so,nak dekat mana nak kumpul?

Ali : tempat biasa la bai.

Ahmad : ok, aku chau dulu.nanti mak aku marah pulak.

Ali : ok, bai,kau jangan lupa pulak.

Ahmad : Ok2.aku tahu la.

Kisah 2

Aiman : Assalamualaikum.apa khabar amir?

Amir : Waalaikumussalam.Alhamdulillah.Aku sihat sahaja.kau?

Aiman : Alhamdulillah.Aku macam ni la amir.Kurus sahaja.

Amir : Man, macam mana kita punya rancangan hari tu?jadi x?

Aiman : InsyaALLAH,kalau tak ada aral melintang.kita ikut sahaja plan dulu.

Amir : ok, kita nak jumpa di mana nanti?

Aiman : Emm..tempat biasa la.dekat kedai Mak Milah.boleh?

Amir  : Ok, InsyaALLAH.boleh sahaja.ok,aku nak balik dulu.risau pulak dia tu nanti.
                Ok, Assalamualaikum.kau jangan lupa ya.

Aiman : Ok.InsyaALLAH.Waalakikumussalam


kerana mulut, badan binasa
FENOMENA PERBUALAN ANAK MUDA ZAMAN TRANFORMASI

Pernah sahabat2 berbual dengan dua jenis manusia di atas? antara Amir dan Aiman / Ahmad dan Ali.
Ada sahabat-sahabat merasakan perbezaan antara dua kelompok sahabat ini? Apa yang membezakan antara mereka berdua adalah kata-katanya.

Memang tidak dinafikan, perbualan sebegini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan remaja.Apabila ditanya mengapa berkata sedemikian, pasti bermacam-macam jawapan yang diberikan.

mulu, kecil, tapi cukup berbisa
# Ala bang, nak buat macam mana, saya dah cuba kawal dah, tapi, bila cakap keluar juga.apa saya
nak buat.
# Rileks la bang, bukan sakit pun kalau dengar.bukan saya pukul.cakap je...
# abang, apa yang saya boleh buat, saya memang dilahirkan untuk berkata macam ni.dah takdir kan.terima je la.

Itulah hakikat sebenar remaja sekarang.Ana tidak menafikan yang ana juga adalah golongan remaja seperti mereka dan ana juga pernah berkata sebegitu dahulu.Alhamdulillah, sedikit demi sedikit ana mula ubah dan lebih berhati-hati dalam berkata.

Macam mana boleh terlepas?

Kata-kata adalah tindak balas yang berlaku berpunca dari pemikiran kita.Apabila kita mahu bercakap, signal akan dihantar ke otak dengan pantas dan meng “interprate” kata-kata kita dalam bentuk suara yang akhirnya kita tuturkan menggunakan mulut.

Sahabat juga perlu sedar, siapa sebenarnya yang mengawal otak? Pernah sahabat dengar hadith berkaitan hati?


"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."

Sudah jelas sabda nabi di atas.
Hakikatnya, kita berkata sedemikian akibat dari keadaan hati kita yang tidak suci.Perlu sahabat ingat bahawa, hati itu adalah raja yang mengawal segala-galanya termasuklah kita punya percakapan dan pemikiran.Apabila hati itu sudah kotor, apatah lagi sudah rosak, perkara-perkara yang mudah sukar dilakukan berbanding perkara yang buruk.

Sahabat, pembersihan diri bermula dari dalam. Apabila dalam bersih, secara automatik, ia akan dimanisfestasikan oleh perbuatan kita.SECARA AUTOMATIK tanpa perlu kita mengawalnya.

Tidak ana nafikan bahawa, banyak faktor yang mempengaruhi kita untuk kita berkata sedemikian.Antara faktor yang munkin menjadi pemangkin adalah :

1.       Rakan sebaya yang suka berkata dengan perkataan yang buruk seperti di atas.
2.       Suasana di rumah yang mana adik-beradik, mak ayah mengamalkan berkata sedemikian.
3.       Rancangan televisyenyang menayangkan filem dengan kata-kata yang kesat.
4.       Bahan bacaan seperti GILA-GILA, Komik, dan sebagainya yang menggunakan kata-kata sedemikian dalam penulisannya.
5.        Dan faktor-faktor suasana

Allah sudah berfirman dalam Surah Al-Maidah, Juzu’ ke 6 ayat 148

“ Allah tidak menyukai perkataan-perkataan buruk, (yang diucapkan) secara terus terang....”

Macam mana nak ubah?

Sahabat-sahabat, jangan bersedih, InsyaALLAH ia boleh diubati. Setiap penyakit ada penawar. Setiap tabiat boleh diislahkan. Apa yang sahabat-sahabat perlu lakukan cuma mulakan pembersihan dari peringkat dalaman. Sudah ana jelaskan di atas bahawa punca utamanya adalah dari HATI.

Hati kita memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan perbuatan kita.Kata-kata sebegini amat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan banyak kesan yang negatif :

1.       Hati kita akan terkesan dengan kata-kata yang kita keluarkan.
2.       Setiap perkataan yang buruk akan dinilai oleh Allah. Berkata-kata yang buruk boleh mengundang kemurkaanNYA.
3.       Bagi yang sudah ada anak, anak-anak anda berkemungkinan akan berkata dengan perkataaan yang buruk apabila mereka sudah pandai bertutur.

Sahabat-sahabat yang ana Kasihi,

Walaupun ianya nampak remeh, tapi kesannya amat hebat. Oleh itu, sebelum terlambat, amat baiklah andai kiranya kita cuba mengubahnya.Tidak salah andai tidak berkata sedemikian,dan ana yakin, apabila antum semua dapat bertutur dengan perkataan yang baik dan penuh sopan, semua orang akan suka termasuklah ALLAH TAALA.Insya ALLAH.

Kata-kata mencerminkan peribadi,
Hati mencerminkan diri.
Jika baik kata-kata,
Maka...
Akan terserkahlah budi,
Akan terserlahlah pekerti,
Dan
InsyaALLAH...
Rahmat ALLAH sentiasa di sisi..


WALLAHUA’LAM







1 comment:

kek_gebu

salam..
ana mintk izin singgah di blog anta ni.. =) pengisian yg bgus.. bkn shaja remaja2 di sana,tp di spore ni tk kurang jgk yg mcm tu..kdg lbh teruk dari ape yg anta tulis tu..masyaallah,byk2 la kita istighfar..remaja skrg perlu dididik dan diasah dgn tegas..klau btl2 tu insyaallah bole jadi pemuda seperti dizmn nabi..kita perlukan mereka utk memimpin dunia nnt dan melindungi kaum wanita..bkn sebaliknya..klau anta bole berubah insyaallah,sape2 pun bole berubah yg penting die sendiri nk atau tk..teruskan usaha anta utk membantu para pemuda kita hari ni,agar mereka dpt dibentuk kearah yg lbh positive. insyaallah..doa hidayat utk ummat..moga anta menjadi asbab hidayat seluruh alam..amin =)