Pelbagai koleksi tudung aRIANI |
Alhamdulillah,bersyukur pada nikmatNYA kerana masih lagi member peluang untuk ana menulis walaupun kadang-kadang masa amatlah mencemburui.Dibebankan dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan ditambah juga dengan taklifan dalam persatuan membuatkan kadang-kadang diri sudah terlalu banyak tugasnya.
InsyaALLAH, ana cuba berkongsi pada semua tentang satu fenomena yang sudah menjadi kebiasaan dan satu ‘trend’ pada masa sekarang.Tidak bermakud untuk mengkritik apatah lagi menghina, cumanya ana mahu sahabat-sahabat semua membuka mata dengan apa yang berlaku.
Tudung merupakan satu pakaian yang tidak asing lagi bagi kaum hawa dan ia menjadi satu kewajipan pada golongan ini untuk memakainya.ALLAH TAALA sudah berfirman dalam Al-Quran
“ wahai nabi, katakanlah kepada isteri-isrerimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin , hendaklah menutupkan jilbapnya ke sweluruh tubuh mereka.yang demikian itu agar lebih mudah untuk dikenali , sehingga mereka tidak DIGANGGU.dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
(Surah AL-Ahzab Ayat 59)
Dari ayat ini,ALLAH menjelaskan bahawa pemakaian tudung itu adalah satu kewajipan dan dimana ALLAH menyuruh nabi denagan menggunakan perkataan “KUL” yang bermaksud katakanlah.dan dari sudut Kaedah Usul Fiqh , lafaz Feel Amr’ pada sesetengah ayat Al-Quran bermaksud satu kewajipan.
Alhamdulillah,kita dapat melihat ramai wanita yang memakai tudung di merata tempat termasuk di Malaysia.Malangnya,sesetengah dari mereka memakainya hanya sekadar satu FESYEN.ana tidak menuduh mana-mana pihak,tetapi kita boleh menilainya sendiri menggunakan AQAL yang ALLAH TAALA sudah berikan.
Dewasa ini, kita dapat lihat bermacam-macam cara pemakaian tudung dan tidak dilupakan bermacam-macam jenis tudung dikomersialkan.Antaranya, Tudung ARIANI,Tudung Wardina,Mawi dan sebagainya.tidak menjadi masalah jika ia dibuat b agi menarik minat golingan yang tidak bertudung untuk memakai tudung.Tetapi, ADAKAH MATLAMAT MENGHALALKAN CARA????
Sebagai contoh,tudung jenis ARIANI yang sudah hangat dipasaran sekarang.ana ingin bertanya pada sahabat-sahabat,adakah tudung sejenis ini sudah menepati Syara’????ana tidak mahu member jawapannya,kerana ALLAH sudah berfirman Al-Quran seperti ayat di atas. Ana mahu melemparkan persoalan ini ke dalam hati sahabat-sahabat semua agar sahabat-sahabat semua dapat menilai perkara ini dengan lebih serius.Satu perkara lagi yang menjadi satu kejelikan?
Kita dapat lihat sendiri bagaimana promosi tentanf pemakaian tudung ini sudah sampai tahap kepada penerbitan sebua cerekarama yang bertajuk “Tudung Ekspres”.Untuk apa cerita ini dipertontonkan kepada rakyat??untuk mempromosi??atau untuk menarik secara halus agar umat Islam menjadikan pemakaian tudung itu hanya cukup sekadar tutup kepala tanpa menilai dengan lebih mendalam adakah ia sudah menepati tuntutan Syara”.Sahabat-sahabat,perkara ini tidak perlu dirisaukan sekiranya seluruh ummat Islam mengamati agama Islam secara total.Tetapi,malangnya,ini tidak berlaku di Negara kita.walaupun kita mengatakan Negara kita sebagai sebuah Negara Islam,tetapi nilai-nilai keislaman dan tahap pengamatannya terlalu rendah.Ini amat membimbangkan.
Sebagai bukti, ana mahu menunjukkan pada para sahabat tentang ciri-ciri tudung ARIANI ini..
walaupun labuh, tetap menampakkan benruk susuk badan |
labuh, tetap labuh, susuk badan tetap nampak |
tudung labuh yang selalu dipakai oleh golongan muslimah pada zaman sebelum terkenalnya tudung ariani.ia tidak menampakkan bentuk susuk badan. |
Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya:"akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian. Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol)Dalam riwayat Bukhari,hadis ini terdapat tambahan yang berbunyi: Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium sedikit pun bau syurga.Sesungguhnya bau syurga itu dapat tercium dari jarak yang amat jauh sekali."Apa yang dikatakan berpakaian tetapi telanjang itulah dengan memakai pakaian yang ketat dan menampakkan tubuh badan serta memakai pakaian yang longgar tetapi jarang....
amat berkaitan dengan Hadith di atas... |
bersanggul untuk apa..???? |
Alhamdulillah, baru-baru ini ana berkesempatan mengikuti diskusi dalam usrah. Ana cuba berkongsian dengan adik beradik usrah ana di samping mencari sedikit maklumat-maklumat dari ahli usrah ana.Pada mulanya ana menjangkakan bahawa ahli usrah ana tidak menghiraukan berkenaan perkara ini,tetapi, rupa-rupanya mereka turut menyatakan rasa kebimbangan atas masalah yang berlaku ini.Ummat islam semua harus sedar bahawa kita sebanarnya berada di zon yang cukup-cukup bahaya.Sedikit demi sedikit kita dijajah dengan penjajahan alaf moden.Penjajahan secara senyap yang menyebabkan kita leka dengannya.
Oleh itu, ana menyeru pada semua sahabat-sahabat agar memandang fenomena ini sebagai satu fenomena yang membahayakan.Buat apa mahu difesyen-fesyenkan.Tidak salah mahu berfesyen, tetapi pelaksanaan hukum tetap wajib dijaga.Buat apa menutup berfesyen andai kemurkaan ALLAH diterima bersama.Hakikat memakai tudung adalah satu kewajipan yang sudah ditetapkan olehnya, ada hikmahnya.Apa dia??WALLAHUA’LAM.ALLAH sahaja yang mengetahui.Tetapi, hakikatnya ALLAH itu sayang pada hambaNYA.Semua yang ditetapkanNYA adalah untuk kebaikan kita dan ukan mahu menyusahkan.
“islam itu MUDAH,
Tetapi
Tidak bermaksud ia boleh diambil mudah”
Bersama kita berusaha agar sentiasa dalam rahmat dan pengampunanNYA.
WALLAHUA’LAM..
1 comment:
salam..
ana setuju sgt ttg ni..mmg setuju 100%..tp sebenarnya perkara bkn la sesuatu yg baru atau baru skrg nk dipertikaikan atau ditegur..tp ana tgk gtu jgk..mana alim ulama atau siapa2 yg berilmu di sana? ni pendpt anala..mereka tu patut lakukan sesuatu..bkn senang tau nk jadi pemimpin..amanah yg sgt berat..tp hari ni org duk sbuk nk pangkat tp hal org yg dipimpinnya tk di pedulikan sgt..mana taqwa mereka..tk takut ke nk jwb ape bila allah tanya nnt..ana tk tahu mana 'islam' pd negara yg dikatakan negara islam itu..hari ni iman kita semakin lemah..sbb tu tkde siapa yg bertindak dgn sebenar2nya..kdg ana tk fhm dgn msia ni..ntahla..msia mmg hebat tp syg hanya hebat kearah perkara2 dunia..dunia mereka membgn seolah2 dunia ni akn dihuni selama2nya..ingatla kejyaan tu bkn la pd negara yg da pesat membgn,atau hebat tp kejayaan tu bila rakyat tu atau suatu kehidupan itu pd landasan agama yg sebenar..kajayaan hanya dlm agama,taat perintah allah ikut sunnah nabi s.a.w..kita perlu kembali kpd quran dan sunnah baginda..bangkitla ummat islam di asia ni!! kejayaan sebenar di sana..pegang dan genggam dunia di tgnmu bkn di hati..
Catat Ulasan