bersama nizamuddin semasa Majli Khatam Hafazan Al-Quran
Alhamdulillahirobil alamin…syukur ke hadrat ilahi kerana atas izinnya,dapat lagi merasa kenikmatan berada dalam nikmat sebagai seorang muslim….
Selawat dan salam juga kuhadiahkan buat junjungan besar yang mulia,Rasulullah S.A.W…
Masih ana ingat detik bagi tarikh keramat ini,28/12/2008,ana mulai memulakan langkah dan jejak dalam menyusuri deti-detik kehidupan sebagai seorang hamalatul al-quran..
indahnya panorama masjid Darul Quran JAKIM
SubhanALLAH,seperti dalam mimpi pula,esok ana bakal meninggalkan bumi Darul Quran JAKIM yang penuh berkat ini.
Rasa belum cukup rasanya tarbiyyah yang perlu diisi dalam jiwa bagi mengikis hati yang penuh noda ini..
ana cuba renungi,apa yang ana dapat sepanjang satu tahun setengah tempoh pentarbiyahan ana berada di bumi barakah ini..adakah sekadar kenangan bersama rakan,pensyarah tasmi @ sekadar pengalaman sebagai salah seorang pimpinan pelajar…
kenangan bersama anwar,hanif,shuhaib,asyraf,rasyid,hamdi,khairuddin,ana dan bukhari
bersama pensyarah tasmi' Ustaz Ala'uddin
masa semakin ligat berputar…ana tiada berdaya mahu menghentikannya…umur semakin meningkat,masa yang tinggal semakin singkat..adakah ana sudah betul-betul bersedia menghadap RABB…
tepuk dada tanya iman…
sewaktu jamuan biro ekonomi
kenangan bersama kelas tasmi'ku semasa jamuan perpisahan
Alhamdulillah,ana dipertemukan dengan jalan dakwah yang begitu indah…dipertemukan dengan sahabat-sakabat yang sama-sama berjuang menuntut redhaNYA bersama Al-Quran…
Ya ALLAh,nikmatMU terlalu bernilai dan berharga..rasaNYA...tak layak hambaMU yang kerdil ini memohon yang lebih-lebih…
PercaturanMu terhadap hidupku terlalu indah…
Syukur Alhamdulillah…
kenangan sewaktu menyertai program dakwah di SBPI RAWANG
kenangan sewaktu ceramah Al-Quran dan sains
kenangan bersama anak usrah yang tercinta (usrah IKHWAN)
penyerahan cenderamata kepada pihak Pusat Sains Negara semasa menjadi pengarah bagi
Program Le Tour de IIUM 2010
sahabat,kenangan kita bersama takkan ku lupakan..
bersama semua pelajar banin Program Persijilan Tahfiz Al-Quran DQ-UIAM 09/10
Ya ALLAH,KAU berikanlah daku kekuatan dalam menempuh segala ujianMU YA ALLAH..daku tiada apa-apa daya melainkan sgala-galaNYA adalah milikMu YA ALLAH…jauhkan daku dari fitnah dunia,dan lebih-lebih lagi fitnah WANITA…Amin YA ROBBAL A’LAMIIIIN..
0 comment:
Catat Ulasan