Sahabat yang dikasihi Allah, mengapa hati kita tidak takut kepada Allah? Kenapa hati kita tidak gerun dengan neraka dan tidak rindukan syurga Allah s.w.t.? mengapa hati kita tidak khusyuk semasa kita mengerjakan solat? Pernahkah persoalan ini timbul dalam timbul dalam fikiran kita? Tentunya ada apabila hati kita dilanda keresahan dan kegelisahan. Mengapa keadaan ini boleh berlaku? Jawapannya ialah kerana hati kita telah terhijab oleh perbuatan dosa yang kita lakukan setiap hari. Tidak kiralah dosa kita terhadap Allah s.w.t. atau dosa kita sesame manusia. Memang dianjurkan di dalam islam supaya kita selalu agar kita boleh memperbaiki diri kita dengan selalu bertaubat. Dosa terhadap manusia hanya boleh terhapus apabila kita meminta maaf kepada orang yang tersebut yang kita lakukan dosa terhadapnya. Terdapat beberapa dosa-dosa yang menutup pintu hati. Oleh itu perlulah kita jauhi dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan dosa-dosa yang terdapat dalam diri kita, supaya ianya tidak bertapak di hati dan kita merasa bebas dan seronok di atas ketiadaan dosa-dosa tersebut.
Sahabat yang dirahmati Allah, terdapat bebrapa dosa-dosa besar yang wajib dijauhi yang boleh mematikan hati :
1. Syirik kepada Allah (terbahagi kepada dua iaitu syirik besar dan syirik kecil)
2. Nifaq (kemunafikan)
3. Derhaka kepada kedua ibu bapa
4. meninggalkan solat
5. Menuduh wanita solehah berzina
6. Membunuh manusia
7. Melakukan zina
8. Makan harta anak yatim
9. Makan riba
10. Melarikan diri dari medan peperangan
11. Melakukan liwath
12. Melakukan sihir
13. Meminum arak
14. Sumpah palsu
15. Kesaksian yang jahat
16. Tenung nasib (percaya kepada bomoh)
Dosa-dosa lain yang boleh menutup pintu hati :
1. Memutuskan silaturrahim
2. Dosa lidah (mengumpat, memfitnah, mengadu domba, mungkir janji dan berdusta)
3. Sifat mazmumah (marah,sombong, bongkak, takbur, ujub, irihati, dan tidak bersyukur)
4. Mengambil rasuah
5. Mengambil harta orang lain tanpa hak
Beberapa tabiat yang buruk yang juga boleh memberi sumbangan kepada tertutupnya pintu hati adalah seperti berikut :
1. Makan dan minum secara berlebih-lebihan
2. Banyak tidur
3. Panjang angan-angan
4. Malas bekerja dan berusaha
5. Malas menuntut ilmu
Sahabat yang dihormati, hati manusia adalah tempat yang amat penting untuk bertapaknya iman, takwa, dan ihsan. Apabila tempat ini tertutup, rosak, mati dank eras maka akan rosaklah seluruh jasad manusia. Manusia tidak akan dapat menerima taufiq dan hidayah, dan tidak akan dapat merasa kemanisan iman.Oleh itu, marilah sama-sama kita jauhi diri kita daripada segala dosa besar dan dosa kecil, membuangkan segala sifat-sifat mazmumah (buruk). Dan sentiasa beristighfar dan berzikir kepada Allah s.w.t., semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan menjadikan hati kita bersih, hidup, mulia, salim dan sejahtera.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comment:
Catat Ulasan