Sahabat yang dikasihi Allah, mengapa hati kita tidak takut kepada Allah? Kenapa hati kita tidak gerun dengan neraka dan tidak rindukan syurga Allah s.w.t.? mengapa hati kita tidak khusyuk semasa kita mengerjakan solat? Pernahkah persoalan ini timbul dalam timbul dalam fikiran kita? Tentunya ada apabila hati kita dilanda keresahan dan kegelisahan. Mengapa keadaan ini boleh berlaku? Jawapannya ialah kerana hati kita telah terhijab oleh perbuatan dosa yang kita lakukan setiap hari. Tidak kiralah dosa kita terhadap Allah s.w.t. atau dosa kita sesame manusia. Memang dianjurkan di dalam islam supaya kita selalu agar kita boleh memperbaiki diri kita dengan selalu bertaubat. Dosa terhadap manusia hanya boleh terhapus apabila kita meminta maaf kepada orang yang tersebut yang kita lakukan dosa terhadapnya. Terdapat beberapa dosa-dosa yang menutup pintu hati. Oleh itu perlulah kita jauhi dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan dosa-dosa yang terdapat dalam diri kita, supaya ianya tidak bertapak di hati dan kita merasa bebas dan seronok di atas ketiadaan dosa-dosa tersebut.
Sahabat yang dirahmati Allah, terdapat bebrapa dosa-dosa besar yang wajib dijauhi yang boleh mematikan hati :
1. Syirik kepada Allah (terbahagi kepada dua iaitu syirik besar dan syirik kecil)
2. Nifaq (kemunafikan)
3. Derhaka kepada kedua ibu bapa
4. meninggalkan solat
5. Menuduh wanita solehah berzina
6. Membunuh manusia
7. Melakukan zina
8. Makan harta anak yatim
9. Makan riba
10. Melarikan diri dari medan peperangan
11. Melakukan liwath
12. Melakukan sihir
13. Meminum arak
14. Sumpah palsu
15. Kesaksian yang jahat
16. Tenung nasib (percaya kepada bomoh)
Dosa-dosa lain yang boleh menutup pintu hati :
1. Memutuskan silaturrahim
2. Dosa lidah (mengumpat, memfitnah, mengadu domba, mungkir janji dan berdusta)
3. Sifat mazmumah (marah,sombong, bongkak, takbur, ujub, irihati, dan tidak bersyukur)
4. Mengambil rasuah
5. Mengambil harta orang lain tanpa hak
Beberapa tabiat yang buruk yang juga boleh memberi sumbangan kepada tertutupnya pintu hati adalah seperti berikut :
1. Makan dan minum secara berlebih-lebihan
2. Banyak tidur
3. Panjang angan-angan
4. Malas bekerja dan berusaha
5. Malas menuntut ilmu
Sahabat yang dihormati, hati manusia adalah tempat yang amat penting untuk bertapaknya iman, takwa, dan ihsan. Apabila tempat ini tertutup, rosak, mati dank eras maka akan rosaklah seluruh jasad manusia. Manusia tidak akan dapat menerima taufiq dan hidayah, dan tidak akan dapat merasa kemanisan iman.Oleh itu, marilah sama-sama kita jauhi diri kita daripada segala dosa besar dan dosa kecil, membuangkan segala sifat-sifat mazmumah (buruk). Dan sentiasa beristighfar dan berzikir kepada Allah s.w.t., semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan menjadikan hati kita bersih, hidup, mulia, salim dan sejahtera.
DOSA-DOSA YANG BOLEH MENUTUP PINTU HATI
SIFAT SOMBONG DIBENCI ALLAH
Sahabat yang dirahmati Allah, sombong adalah penyakit berbahaya, di mana jika penyakit ini bersarang di hati, nescaya akan mendorong pelakunya untuk melakukan dosa yang akan menjauhkannya dari syurga dan mendekatkan ke neraka. Sombong adalah sebuah penyakit yang akan menjadi penghalang bagi pelakunya dari syurga dan keselamatan. Sombong ibarat racun yang berada di dalam hati, jiwa dan perasaan. Di mana racun itu akan menyerap dalam jiwa , harta, kedudukan, kekuatan, kemampuan dan ilmu seseorang. Racun dalam jiwa manusia yang tidak akan boleh lepas dari was-was syaitan dan beranggapan bahawa ia adalah orang yang paling penting atau mempunyai kedudukan tinggi. Orang yang sombong, mula-mula sombong dengan manusia, lama kelamaan dia akan menjadi sombong dengan Allah s.w.t.
Penyakit sombong ini boleh ibaratkan seperti setitik noda dalam jiwanya jika hati telah ternoda dengan noda-noda kesombongan ini, si pemilik hati seperti itu selamanya akan berada di dalam keracunan, ia tidak akan boleh berlaku adil atau mengikuti kebenaran. Sombong adalah kegelapan. Kegelapan yang menyelimuti bashirah manusia sebelum menyelimuti akal fikirannya. Tatkala kesombongan menyelimuti mata hatinya, saat itu pula kesombongan menyelimuti akal fikirannya.
Sahabat yang dimuliakan, sombong adalah sifat mazmumah, manusia yang sombong adalah mereka yang menolak kebenaran dan tidak menghargai kebolehan atau kelebihan orang lain. Lazimnya orang yang sombong suka berdusta dan bercakap bohong. Sombong adalah pakaian Allah, sesiapa yang cuba mengambil pakaian Allah, maka Allah akan murka dan akan memasukkan ke dalam neraka. Kesombongan sebenarnya menghalang seseorang untuk membuat kebajikan dan tidak segan silu akan melecehkan orang lain. Allah sama sekali tidak suka jika ada hambaNya yang dilecehkan. Dia Maha Benar dan mencintai kebenaran, sebagaiman Dia Maha Indah Yang mencintai keindahan
Oleh itu, marilah sama-sama kita jauhkan diri kita dari sifat sombong. Lawan dari sifat sombong adalah sifat tawadduk iaitu sifat merendah diri. Hiasilah diri kalian semua dengan sifat-sifat tawadduk, lemah lembut, sopan santun, berbudi bahasa dan menghormati orang lain walaupun terhadap anak-anak kecil.
AKU HAMALATUL QURAN
Hafiz Al-Quran...Dirimu bak mutiara andai Al-Quran di dada mu dijaga. |
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, bersyukur padaNya kerana masih lagi memberi peluang pada diri ini untuk terus hidup disamping terus berusaha untuk menambahkan amalan dan sentiasa berusaha untuk mengislahkan diri ini.
SunhanALLAH, sudah lama tak update blog ini.Maaf kiranya ada sahabat-sahabat yang menunggu post-post terbaru dalam blog ini.Kalau nak dikirakan, mana sangatlah ilmu ini yang mahu dikongsikan bersama. Apa-apa pun , InsyaALLAH, segala apa yang ALLAH tumpangkan dalam hidup ana , ana cuba kongsikan dengan sahabat-sahabat.
Sahabat-sahabat yang ana hormati,
Artikel yang biasa sahaja ini ana tujukan khas buat semua para sahabat ana yang pernah dana sedang bergelar AL-HAFIZ @ Al-HAFIZAH ,sama ada antum semua mengenali ana atau pun tidak.Pesanan ini hamba yang kerdil serta hina ini ana tujukan hanya sekadar sebagai satu perkongsian kerana diri ini pun sama titlenya seperti saudara dan saudari yang pernah menghafal surat cinta dariNYA yang cukup-cukup bermakna buat kita.
Ana menulis bisikan ketenangan menyelubungi nurani, kesyahduan yang ana rasakan amat bererti, acap kali ana terdengar alunan suara insan-insan kerdil membasahi lidah dengan kalamMu ya Ilahi, tiada putus-putus mendampingi kitabMu, membaca, mentadabbur, meneliti ayat-ayat suci. Segolongan insan yang dihormati, segolongan insan yang dipandang tinggi, inilah yang bergelar Hamalatul Quran, iaitu pendukung kitab suci. Hamalatul Quran itulah aku!
Terngiang-ngiang di telinga ana ungkapan kata yang penuh makna, yang hanya dapat dihayati oleh hati-hati yang suci. Wasiat Ibnu Ma’ud yang berbunyi...“seharusnya bagi seseorang Hamalatul Quran itu mengetahui malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang sia-sia, dan khusyuknya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia…” ana cuba merenung sejenak, Hamalatul Quran…begitukah kita?
Kalamullah |
Kata-kata itu mengetuk fikiran ana, menyentuh hati ini, menyedarkan ana dari lamunan yang tiada penghujung, betapa Hamalatul Quran yang hakiki adalah insan-insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan, mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dalam keperitan…Baru ana sedar, Hamalatul Quran…Kau luar biasa! Tatkala ana imbas kembali kisah silam diri ini yang penuh dengan kelalaian, kealpaan, keseronokan seperti orang-orang kebanyakan , sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dengan diri yang dhaif ini...
Namun…
apa yang mahu dirisaukan |
Kau anugerahkan jua kepada diri yang hina ini satu kemulian in yang menjadi dambaan hamba-hambaNYA, menjadi salah seorang insan pilihanMu, di dalam dunia Hamalatul Quran yang penuh janji-janji manis di akhirat nanti… ibu bapaku bakal ana pakaikan dengan mahkota sebagai hadiah pengorbanan mereka mendidik diri ini dalam mengenali kehidupan insani. Tidak mahukah dibangkitkan dengan sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah yang berseri-seri? Hamalatul Quran, alangkah beruntungnya dikau…!
Sahabat-sahabat,
Diri ini mahu berpesan kepada diri ini dan kepada semua sahabat-sahabat yang disayangi.Berapa kalikah kita mengulang kembali Al-Quran yang sudah bertapak di hati? Kalau banyak, Alhamdulillah ,anda beruntung. Tetapi , andai sedikit yang kita ulangkajinya, maka, boleh jadi kurang juga ia melekat secara tetap di dalam hati.Andai dikau terlupa, adakah ketakutan menyelubungi dirimu? Atau tiada sebarang perasaan langsung yang terdetik dalam fikiranmu tentang betapa kita perlu berusaha untuk mengingatinya kembali.
Hakikat Al-Quran itu adalah satu mukjizat dan kurniaan dariNYA yang diturunkan sebagai panduan dalam hidup kita.Lupa itu satu adat. Kalau lah kita dapat hafalnya dan terus ingat sampai bila-bila, sudah tentu hilanglah kelebihan yang diberikan pada Al-Quran. Sudah tentu kita tidak akan cuba untuk membacanya kembali kerana ianya sudah kita ingat secara masyi di mulut. Tebuk sahaja di mana-mana, di tengah ayat, awal surah, juzu’ atau di mana-mana , kita dapat menjawabnya.
Tetapi,
ALLAH ciptakan satu fitrah yang semulajadi yang mana setiap manusia mempunyai sifat tersebut. LUPA. Satu penyakit yang menjadikan kita akan terus berusaha untuk menngatasinya. Hakikat lupa sebenarnya adalah satu nikmat yang tidak terhingga banyaknya.Cuba sahabat-sahabat bayangkan, kita cuba mengulang Al-Quran, ingat punya ingat, tidak juga lekat di kepala. Tetapi, sedarkah kita wahai sahabat-sahabat ku, dah berapa kali kita baca satu perkataan dan mungkin satu ayat itu untuk kita hafalnya. Berapa?? Ada 10, 20 atau mungkin 100. Lepas itu, sahabat-sahabat darabkan dengan sepuluh untuk setiap HURUFNYA. Bayangkan, mudah sungguh untuk kita mendapat pahala dan ganjaran dariNYA.
Oleh itu, janganlah sahabat-sahabat berputus asa hanya kerana kita sudah lupa sebahagian dari ayatNYA. Kerana, ia merupakan satu lumrah bagi setiap para hafiz Al-Quran. Apa yang penting, sahabat- sahabat semua jangan berputus asa untuk mengingatinya semula. Sedikit demi sedikit pun tudak mengapa, yang penting jangan sekali-kali kita meninggalkan terus. Ana juga seperti sahabat-sahabat yang lain. Ana juga tidak ingat semua ayat yang ana hafal. Tapi, apa yang ana cuba lakukan, ana cuba menghafalnya dalam satau @ dua muka dalam satu hari. Andai ana tidak menghafalnya pada satu-satu hari, ana akan gantinya dengan mengulang pada mana-mana ayat yang ana sudah hafal dan ayat-ayat yang masih ana ingat.
Tidak rugi jika menjaganya |
Sedikit perkongsian, bagi ana, sahabat-sahabat perlu mengambil peluang yang ada untuk mengulang Al-Quran di mana-mana Maahad Tahfiz, tidak kira swasta ataupun swasta mahupun sahabat-sahabat mahu mengulang dengan mana-mana guru. Apa yang penting, untuk menjadikan hafalan kita lebih kuat, kita perlu membacanya di hadapan seorang guru. Tidak semestinya dengan guru, sahabat-sahabat juga boleh mengulangnya dengan sahabat-sahabat yang sudi untuk mendengar hafalan saudara/ri. Jangan biarkan masa yang ada dibuang dengan sia –sia tanpa kita manfaatkannya dengan aktiviti-aktiviti yang membantu kita untuk mengingati semula Al-Quran.
Alhamdulillah, pada cuti sem 1 yang lepas, ana berpeluang untuk mengulang Al-Quran di Pondok Pasir Tumboh. Ana hanya berkesempatan untuk mengulang di sana selama 4 hari. Ana lihat ramai para huffaz yang rata-rata dari universiti-universiti tempatan mahupun dari mana-mana tempat mengambil peluang yang berharga dalam cuti mereka untuk mengulang Al-Quran di sana.
Seterusnya, ana menyambung hafalan ana di Maahad Tahfiz Al-Quran Mersing di mersing Johor. Ana dapat lihat situasituasi yang sama berlaku di sana. Ramai para huffaz dari beberapa tempat dantang mengisi masa cuti mereka dengan mengulang Al-Quran di sana.
Sahabat-sahabat, tidak rugi andai kita sediakan waktu dan masa kita sepenuhnya untuk Al-Quran.
Ana teringat pada kata-kata murabbi ana di Maahad Tahfiz Mersing. Sebuah hadith yang cukup-cukup bermakna untuk kita renungi.
Mafhumnya…
“ Sesungguhnya golongan yang menghafal Al-Quran itu tidak akan hancur jasadnya ketika di dalam kubur kelak. Bertanya Rasulullah pada binatang yang hidup di dalam tanah yang memakan daging manusia, mengapa kamu tidak makan jasad orang itu sedangkan kamu makan jasad-jasad manusia yang lain. Maka berkata ulat tersebut,bagaimana aku boleh makan jasad-jasad yang mana di dalam perutnya dipenuhi dengan Ayat-Ayat Al-Quran”
Dapat di fahami dari sabda Rasulullah di atas bahawa, jika kita menjaga Al-Quran yang kita sudah hafal, InsyaALLAH, ALLAH akan memelihara diri kita.
Namun begitu…..
Sahabat-sahabat Al-Quran, sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu? Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi? Ataukah manusia yang masih bertakhta di sanubari? Ataukah kasih manusia yang masih kau dambai? Pernahkah kau rasakan Al-Quran itu teman sejati? Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi..yang implikasinya tidak sama dengan realiti kehidupan Hamalatul Quran? Sahabatku… ingatlah, kita dipertemukan kerana Al-Quran, ukhuwwah mahabbah yang terjalin ini atas nama Al-Quran dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran.
Ya Allah jadikanlah ana seorang Hamalatul Quran yang sejati dan hakiki, sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi agar kehadiran diri ini di dunia ini dihargai. Berkatilah diri ini dengan anugerah kemulian yang Kau beri. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini sungguh indah tidak terperi dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati. Lantas itu ku pinta padaMu Ilahi, agar saat-saat akhir hayat diriku ini, alunan kalamMu jua yang mengiringi pemergianku…wassalam
99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
1. Bersyukur apabila mendapat nikmat
2. Sabar apabila mendapat kesulitan
3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
8. Jangan usil dengan kekayaan orang
9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
10. Jangan sombong jikalau memperolehi kejayaan
11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu bercita-cita akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur karena kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan mempunyai keinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid
25. Biasakan diri dengan solat malam
26. Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan santuni fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
33. Berlatihlah mengkonsentrasikan fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala
41. Berlakulah adil dalam segala urusan
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
45. Perbanyakkan silaturrahim
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
47. Bicaralah secukupnya
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
49. Hargai waktu, disiplinkan diri mengurus waktu dan manfaatkan waktu
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
53. Makanlah secukupnya, tidak berkurangan dan tidak berlebihan
54. Hormatilah kepada guru dan ulama
55. Sering-sering berselawat kepada nabi
56. Cintai keluarga Nabi saw
57. Jangan terlalu banyak hutang
58. Jangan terlampau mudah berjanji
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti membicarakan hal yang tidak memberi faedah.
61. Bergaullah dengan orang-orang soleh
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
66. Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang memperolehi kesulitan
70. Jangan melukakan hati orang lain
71. Jangan membiasakan diri berkata dusta
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita
78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya
81. Jadilah manusia yang selalu memberi manfaat untuk agama, bangsa dan negara
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
85. Hargai prestasi dan pemberian orang
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

Tauladan Imam Hanafi
Tauladan Imam Hanafi
Nama asli beliau sejak kecil ialah Nu'man bin Tsabit. Lahir di kota Kufah, 699 Masehi. Ayahnya berasal dari kota Kabul Afghanistan. Dengan ini jelaslah bahwa beliau bukan keturunan Arab asli. Kenapa beliau terkenal dengan sebutan Hanafi? Kisahnya sebagai berikut:
Imam Hanafi mempunyai sejumlah putera, di antaranya bernama Hanifah. Maka orang sering memanggilnya dengan sebutan Abu Hanifah. Kemudian beliau menjadi ulama besar. Dan, di segenap kota besar, Abu Hanifah itulah nama yang terkenal bagi beliau. Beliau berijtihad berdasarkan penelitian tentang hukum Islam. Hasil ijtihad itulah yang dikenal orang dengan sebutan "Mazhab Imam Hanafi".
Menurut riwayat, Ayah Imam Hanafi (Tsabit) dikala masih kecil pernah diajak orang tuanya berziarah kepada Ali bin Abi Thalib. Waktu itu Imam Ali berkenan menerima tamunya dan sebelum kembali ke rumah, beliau berdoa; mudah-mudahan dari antara keturunan Tsabit ada yang menjadi orang yang tergolong baik-baik dan berderajad luhur.
KEPATUHAN IMAM HANAFI. Dia adalah seorang yang tokoh dan kuat jiwanya, selalu mendekatkan diri kepada Allah dengan jalan beribadat dan beraklaq karimah. Setiap harinya, disamping sangat rajin menunaikan kewajiban, beliau jarang tidur dengan lena meski malam hari. Tiap-tiap malam yang akhir beliau selalu solat sunat dan membaca al-Qur'an sampai khatam.
Imam Syaqiq al Balkhi berkata: "Imam Abu Hanifah adalah seorang yang terhindar jauh dari perbuatan yang dilarang oleh agama; ia sepandai-pandai orang tentang ilmu agama dan seorang yang banyak ibadahnya kepada Allah; amat berhati-hati tentang hukum-hukum agama."
Imam Ibrahim bin Ikrimah berkata: "Di masa hidupku, belum pernah aku melihat seorang alim yang amat benci kemewahan hidup dan yang lebih banyak ibadahnya kepada Allah dan yang lebih pandai tentang urusan agama, selain Imam Abu Hanifah."
UJIAN BERAT. Imam Abu Hanifah terkenal berani dalam menegakan kebenaran yang telah diyakini. Berani dalam pengertian yang sebenarnya, berani yang berdasarkan bimbingan wahyu Ilahi. Beliau tak bagitu cinta terhadap kemewahan hidup, maka dari itu tak sedikitpun hatinya khawatir menderita sengsara. Karena sunnatulah masih berlaku bagi manusia, ialah; bahwa orang yang cinta kemewahan hidup di dunia biasanya menjadi panakut, tidak berani menegakan kebenaran yang diredhai Allah.
Beliau adalah seorang yang apabila melihat kemungkaran atau maksiat, dengan seketika itu juga berusaha memusnahkannya. Sifat kelunakan segera lenyap dari hatinya, dan merah kedua matanya, kemudian bertindak keras terhadap kejahatan atau kemungkaran yang diketahuinya.
Beliau berani menolak kedudukan yang diberikan oleh kepala negara; berani menolak pangkat yang ditawarkan oleh pihak penguasa waktu itu dan tidak sagggup menerima hadiah dari pemerintah berupa apapun juga. Hingga karenyanya beliau ditangkap dan ditahan dalam penjara, dipukul, didera dan dianiaya di penjara sampai menyebabkan kematiannya. Yang demikian itu karena beliau seorang pemberani dalam menegakan kebenaran yang diyakininya.
Suatu hari Gabenor Iraq Yazid bin Amr menawarkan jabatan Qadli kepada Imam Hanafi, tetapi beliau menolaknya. Tentu saja sang Gabenor tersingggung dan kurang senang. Perasaan kurang senang itu menumbuhkan rasa curiga. Oleh sebab itu, segala gerak-gerik Imam Hanafi diamat-amati. Kemudian pada suatu hari beliau diberi ancaman hukum cambuk atau penjara manakala masih jua menolak tawaran itu. Sewaktu mendengar ancaman tersebut, Imam Hanafi menjawab: "Demi Allah, aku tidak akan menduduki jabatan yang itu, sekalipun aku sampai dibunuh kerananya."
Sejumlah ulama besar negeri Iraq mengkuatirkan nasib Imam Abu Hanifah. Mereka datang berduyun-duyuun ke rumahnya untuk menyampaikan harapan supaya beliau suka menerima jabatan yang diberikan itu.
Kata mereka; "Kita memohon kepada engkau dengan nama Allah, hendaknya engkau suka menerima jabatan yang telah diberikan kepada engkau. Gabenor Yazid sudah bersumpah akan menghukum engkau jika masih juga kau tolak tawarannya. Kita masing-masing sebagai kawan yang sangat erat tidak akan suka jika engkau dijatuhi hukuman, dan kita tidak mengharapkan peristiwa itu menimpa diri engkau."
Imam Hanafi tetap teguh, tak bergeming sedikitpun dari kebenaran pendirianya. Akibatnya beliau ditangkap dan dipenjarakan oleh polisi negara selama dua Jum'at. Gabenor memerintahkan agar Imam Abu Hanifah setiap hari dicambuk sebanyak 10 kali.
Sekalipun demikian beliau tetap bersikeras pada pendirian semula. Akhirnya beliau dilepaskan dari penjara setelah menikmati geletaran cambuk algojo sebanyak 110 kali.
Ketika Imam keluar penjara, tampak kelihatan di wajahnya bengkak-bengkak bekas cambukan. Hukuman cambuk itu memang semacam hukuman yang hina. Gabenor sengaja hendak menghinakan diri beliau yang sebenarnya mulia itu.
Hukuman itu oleh Imam Hanafi disambut dengan penuh kesabaran serta dengan suara bersemangat beliau berkata: "Hukuman dunia dengan cemeti masih lebih baik dan lebih ringan bagiku tinimbang cemeti di akherat nanti."
Demikian hal ihwal Sang Imam tatkala menghadapi ujian berat pada pertama kali. Padahal beliau sudah berusia agak lanjut, kurang lebih 50 tahun.
Imam Abu Hanifah di usia itu sempat menyaksikan peralihan kekuasaan negara, dari tangan bani Umayyah ke tangan bani Abbasiyyah sebagai kepala negara pertama adalah Abu Abbas as Saffah. Sesudah itu kepala negara digantikan oleh Abu Ja'far al Manshur, saudara muda dari Khalifah sendiri.
Pada masa pemerintahan Abu Ja'far, Imam Abu Hanifah mendapat panggilan dari Baginda di Bagdad. Sesampai di istana, beliau di tunjuk dan diangkat menjadi hakim (qadhi) kerajaan di Baghdad. Baginda bersumpah keras bahwa beliau harus menerima jabatan itu. Tawaran jabatan setinggi itu beliau tolak dan bersumpah tidak akan sanggup mengerjakannya.
Di tengah pertemuan ada seorang yang pernah menjadi santrinya dan sekarang menjadi pegawai kerajaan, tiba-tiba memberanikan diri berkata kepada beliau: "Apakah guru akan tetap menolak kehendak Baginda, padahal Baginda telah bersumpah akan memberikan kedudukan tinggi kepada guru.
Imam Hanafi dengan tegas menjawab: "Amirul mu'minin lebih kuat membayar kifarat sumpahnya dari pada saya membayar kifarat sumpah saya."
Oleh karena tetap menolak pengakatan itu, maka sebagai ganjarannya Baginda merintahlan agar Imam Abu HAniafah ditangkap dan dijebloskan ke dalam penjara Baghdad, sampai pada massa yang ditentukan oleh Baginda sendiri.
Suatu hari, ada perintah menghadap dari istana, kemudian Baginda bertanya kepada beliau: "Adakah engkau telah suka dalam keadaan seperti ini?"
Jawabnya tenang, "Semoga Allah memperbaiki Amirul Mu'minin! Wahai Amirul Mu'minin takutlah engkau kepada Allah, dan janganlah engkau bersekutu dalam kepercayaan engkau dengan orang yang tidak takut kepada Allah! Demi Allah, saya bukanlah orang yang boleh dipercaya di waktu tenang. Maka bagaimana mungkin saya menjadi orang yang boleh dipercaya diwaktu marah? Sungguh saya tidak sepatutnya diberi jabatan yang sedemikian itu!"
Baginda berkata: "Kamu berdusta, karena kamu patut memegang jabatan itu!"
"Ya Amirul Mu'minin! Sesungguhnya baginda telah menetapkan sendiri (bahwa saya seorang pendusta). Jika saya benar, saya telah menyatakan bahwa saya tidak patut menjabat itu, dan jika saya berdusta, maka bagaimana Baginda akan mengangkat seorang hakim yang berdusta? Di samping itu, saya ini adalah seorang hamba yang dipandang rendah oleh bangsa Arab, dan mereka tidak akan rela diadili oleh seorang golongan hamba (maula) seperti saya ini."
Amirul mu'minin merasa tak mampu lagi membujuk dan melunakan ketegaran pendirian sang Imam. Maka baginda bermaksud memangggil ibunda Imam Abu Hanifah yang waktu itu hidup pada usia sepuh. Sang Ibu diperintahkan agar berkenan membujuk anaknya agar suka menerima jabatan yang telah diberikan baginda berulang kali. Tetapi segala macam bujukan dan daya upaya sang Ibu senantiasa ditolak dengan halus dan keterangan yang sopan.
Pada suatu hari sang Ibu berkata, "Wahai Nu'man! Anakku yang kucintai! Buang dan lemparkan jauh-jauh pengetahuan yang telah engkau punyai ini, melainkan penjara, pukulan cambuk dan kalung rantai besi!"
Perkataan yang sedemikian itu, hanya dijawab oleh beliau dengan lemah lembut dan senyuman manis: "O... ibu! Jika saya menghendaki akan kemewahan hidup di dunia ini, tentu saya tidak dipukuli dan tidak dipenjarakan. Tetapi saya menghendaki akan keridhlaan Allah swt semata-mata, dan memelihara ilmu pengetahuan yang telah saya dapati. Saya tidak akan memalingkan pengetahuan yang selama ini saya pelihara kepada kebinasaan yang dimurkai Allah.
KHATIMAH. Imam Abu Hanifah adalah seorang alim (ulama) sejati. Selain ahli di bidang ilmu kalam dan ilmu fiqh, juga mempunyai kepandaian tentang ilmu lainnya, seperti ilmu sastra Arab dan ilmu hikmat.
Pernyataan para cerdik pandai di zamannya cukup menjadi bukti bahwa Imam Hanafi memang seorang yang berguna bagi masyarakat kaum muslimin pada masa itu, bahkan pada masa berikutnya.
Imam Jarir berkata bahwa Imam Mughirah pernah berkata kepadanya, "Duduklah kamu bersama Abu Hanifah, tentu kamu menjadi orang yang pandai. Karena sesungguhnya jika Imam Ibrahim an Nakha'i masih hidup, niscaya beliau duduk bersama-sama Abu Hanifah."
Lebih jauh dari itu beliau adalah seorang ilmuwan yang konsisten dengan disiplin ilmunya. Ilmu yang didasarkan dan bersumber dari al-Qur'an. Sikap konsistenya memang harus dibayar mahal, karena mempertaruhkan hidupnya sendiri.
Beliau seorang yang berjiwa teguh, berhati-hati terhadap sesuatu yang dianggap berbahaya oleh kebanyakan orang. Dengan kenyataan itu, patutlah jika Imam Abu Hanifah itu seorang yang berani menghadapi malapetaka yang bagaimana pun juga, dan tidak ada perasaan takut menempuh bahaya dalam menegakan kebenaran yang lebih diyakini.
Itulah sebabnya kenapa Imam Abu Hanifah bersikeras tak mau menerima tawaran jabatan tinggi yang tentu saja bagi para pelacur ilmu sangat menggiurkan. Beliau bukan orang yang keras kepala yang maunya lari dari tanggung jawab.
Imam Hanafi tahu persis, apa jadinya jika dia masuk dalam jajaran pejabat pemerintahan waktu itu. Yang jelas pemerintahan bani Ummayah dan Bani Abbasiyah berdiri bukan atas dasar sunnah Rasul. Bentuk pemerintahannya monarkhi, yang sebagian besar bertentangan dengan asas Islam. Kebijakan negara lebih banyak bertumpu pada kehendak raja (penguasa). Sekirannya sang raja seluruh kehendaknya didasarnya al-Qur'a, hal itu tak menjadi masalah.
Tapi waktu itu keadaannya lain. Kehendak raja begitu dominan. Ima
m Hanafi tak sudi menjadi Qadhi karena khawatir kebenaran sejati tak bebas bergerak dan dipasung. Beliau merasa bebas berada di luar birokrasi, bisa leluasa menyampaikan kebenaran tanpa harus sungkan jabatanya. Lebih-lebih sungkan kepada baginda raja. Di samping itu juga karena hal itu sama artinya ikut berpartisipasi dan melestarikan kedzaliman sang penguasa. Sebenarnya, andaikan pemerintah secara total mau mengikuti sunnah Rasul, Imam Hanafi tak keberatan diangkat menjadi Qadhi.
Suatu hari untuk ke sekian kalinya beliau dipanggil, lalu dipaksa meminum segelas racun, dan oleh beliau lalu diminumlah minuman itu. Setelah kembali ke penjara, badannya terasa tidak enak. Tak lama kemudian beliau wafat, dalam keadaan menderita dalam usia 70 tahun.
Imam Abu Hanifah Diracun
Imam Abu Hanafih adalah seorang imam Mazhab yang besar dalam dunia Islam. Dalam empat mazhab yang terkenal tersebut hanya Imam Hanafi yang bukan orang Arab. Beliau keturunan Persia atau disebut juga dengan bangsa Ajam. Pendirian beliau sama dengan pendirian imam yang lain, iaitu sama-sama menegakkan Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.
Imam Hanafi dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bertepatan tahun 699 Masehi di sebuah kota bernama Kufah. Nama yang sebenarnya ialah Nu’man bin Tsabit bin Zautha bin Maha. Kemudian masyhur dengan gelaran Imam Hanafi.
Kemasyhuran nama tersebut menurut para ahli sejarah ada beberapa sebab:
1. Kerana ia mempunyai seorang anak laki-laki yang bernama Hanifah, maka ia diberi julukan dengan Abu Hanifah.
2. Kerana semenjak kecilnya sangat tekun belajar dan menghayati setiap yang dipelajarinya, maka ia dianggap seorang yang hanif (kecenderungan/condong) pada agama. Itulah sebabnya ia masyhur dengan gelaran Abu Hanifah.
3. Menurut bahasa Persia, Hanifah bererti tinta. Imam Hanafi sangat rajin menulis hadith-hadith, ke mana, ia pergi selalu membawa tinta. Kerana itu ia dinamakan Abu Hanifah.
Waktu ia dilahirkan, pemerintahan Islam berada di tangan Abdul Malik bin Marwan, dari keturunan Bani Umaiyyah kelima. Kepandaian Imam Hanafi tidak diragukan lagi, beliau mengerti betul tentang ilmu fiqih, ilmu tauhid, ilmu kalam, dan juga ilmu hadith. Di samping itu beliau juga pandai dalam ilmu kesusasteraan dan hikmah.
Imam Hanafi adalah seorang hamba Allah yang bertakwa dan soleh, seluruh waktunya lebih banyak diisi dengan amal ibadah. Jika beliau berdoa matanya bercucuran air mata demi mengharapkan keredhaan Allah SWT. Walaupun demikian orang-orang yang berjiwa jahat selalu berusaha untuk menganiaya beliau.
Sifat keberanian beliau adalah berani menegakkan dan mempertahankan kebenaran. Untuk kebenaran ia tidak takut sengsara atau apa bahaya yang akan diterimanya. Dengan keberaniannya itu beliau selalu mencegah orang-orang yang melakukan perbuatan mungkar, kerana menurut Imam Hanafi kalau kemungkaran itu tidak dicegah, bukan orang yang berbuat kejahatan itu saja yang akan merasakan akibatnya, melainkan semuanya, termasuk orang-orang yang baik yang ada di tempat tersebut
Sebahagian dilukiskan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bahawa bumi ini diumpamakan sebuah bahtera yang didiami oleh dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah terdiri orang-orang yang baik-baik sementara kumpulan kedua terdiri dari yang jahat-jahat.
Kalau kumpulan jahat ini mahu merosak bahtera dan kumpulan baik itu tidak mahu mencegahnya, maka seluruh penghuni bahtera itu akan binasa. Tetapi sebaliknya jika kumpulan yang baik itu mahu mencegah perbuatan orang-orang yang mahu membuat kerosakan di atas bahtera itu, maka semuanya akan selamat.
Sifat Imam Hanafi yang lain adalah menolak kedudukan tinggi yang diberikan pemerintah kepadanya. Ia menolak pangkat dan menolak wang yang dibelikan kepadanya. Akibat dari penolakannya itu ia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Di dalam penjara ia diseksa, dipukul dan sebagainya.
Gabenor di Iraq pada waktu itu berada di tangan Yazid bin Hurairah Al-Fazzari. Selaku pemimpin ia tentu dapat mengangkat dan memberhentikan pegawai yang berada di bawah kekuasaannya. Pernah pada suatu ketika Imam Hanafi akan diangkat menjadi ketua urusan perbendaharan negara (Baitul mal), tetapi pengangkatan itu ditolaknya. Ia tidak mahu menerima kedudukan tinggi tersebut. Sampai berulang kali Gabenor Yazid menawarkan pangkat itu kepadanya, namun tetap ditolaknya.
Pada waktu yang lain Gabenor Yazid menawarkan pangkat Kadi (hakim) tetapi juga ditolaknya. Rupanya Yazid tidak senang melihat sikap Imam Hanafi tersebut. Seolah-olah Imam Hanafi memusuhi pemerintah, kerana itu timbul rasa curiganya. Oleh kerana itu ia diselidiki dan diancam akan dihukum dengan hukum dera. Ketika Imam Hanafi mendengar kata ancaman hukum dera itu Imam Hanafi menjawab: “Demi Allah, aku tidak akan mengerjakan jabatan yang ditawarkan kepadaku, sekalipun aku akan dibunuh oleh pihak kerajaan.” Demikian beraninya Imam Hanafi dalam menegakkan pendirian hidupnya.
Pada suatu hari Yazid memanggil para alim ulama ahli fiqih yang terkemuka di Iraq, dikumpulkan di muka istananya. Di antara mereka yang datang ketika itu adalah Ibnu Abi Laila. Ibnu Syblamah, Daud bin Abi Hind dan lain-lain. Kepada mereka, masing-masing diberi kedudukan rasmi oleh Gabenor.
Ketika itu gabenor menetapkan Imam Hanafi menjadi Pengetua jawatan Sekretari gabenor. Tugasnya adalah bertanggungjawab terhadap keluar masuk wang negara. Gabenor dalam memutuskan jabatan itu disertai dengan sumpah, “Jika Abu Hanifah tidak menerima pangkat itu nescaya ia akan dihukum dengan pukulan.”
Walaupun ada ancaman seperti itu, Imam Hanafi tetap menolak jawatan itu, bahkan ia tetap tegas, bahawa ia tidak mahu menjadi pegawai kerajaan dan tidak mahu campur tangan dalam urusan negara.
Kerana sikapnya itu, akhirnya ditangkap oleh gabenor. Kemudian dimasukkan ke dalam penjara selama dua minggu, dengan tidak dipukul. Lima belas hari kemudian baru dipukul sebanyak 14 kali pukulan, setelah itu baru dibebaskan. Beberapa hari sesudah itu gabenor menawarkan menjadi kadi, juga ditolaknya. Kemudian ditangkap lagi dan dijatuhi hukuman dera sebanyak 110 kali. Setiap hari didera sebanyak sepuluh kali pukulan. Namun demikian Imam Hanafi tetap dengan pendiriannya. Sampai ia dilepaskan kembali setelah cukup 110 kali cambukan.
Akibat dari pukulan itu muka dan seluruh badannya menjadi bengkak-bengkak. Hukuman cambuk itu sengaja untuk menghina Imam Hanafi. Walaupun demikian ketika Imam Hanafi diseksa ia sempat berkata. “Hukuman dera di dunia lebih ringan daripada hukuman neraka di akhirat nanti.” Ketika ia berusia lebih dari 50 tahun, ketua negara ketika itu berada di tangan Marwan bin Muhammad. Imam Hanafi juga menerima ujian. Kemudian pada tahun 132 H sesudah dua tahun dari hukuman tadi terjadilah pergantian pimpinan negara, dari keturunan Umaiyyah ke tangan Abbasiyyah, ketua negaranya bernama Abu Abbas as Saffah.
Pada tahun 132 H sesudah Abu Abbas meninggal dunia diganti dengan ketua negara yang baru bernama Abi Jaafar Al-Mansur, saudara muda dari Abul Abbas as Saffah. Ketika itu Imam Abu Hanifah telah berumur 56 tahun. Namanya masih tetap harum sebagai ulama besar yang disegani. Ahli fikir yang cepat dapat menyelesaikan sesuatu persoalan.
Suatu hari Imam Hanafi mendapat panggilan dari baginda Al-Mansur di Baghdad, supaya ia datang mengadap ke istana. Sesampainya ia di istana Baghdad ia ditetapkan oleh baginda menjadi kadi (hakim) kerajaan Baghdad. Dengan tawaran tersebut, salah seorang pegawai negara bertanya: “Adakah guru tetap akan menolak kedudukan baik itu?” Dijawab oleh Imam Hanafi “Amirul mukminin lebih kuat membayar kifarat sumpahnya daripada saya membayar sumpah saya.”
Kerana ia masih tetap menolak, maka diperintahkan kepada pengawal untuk menangkapnya, kemudian dimasukkan ke dalam penjara di Baghdad. Pada saat itu para ulama yang terkemuka di Kufah ada tiga orang. Salah satu di antaranya ialah Imam Ibnu Abi Laila. Ulama ini sejak pemerintahan Abu Abbas as Saffah telah menjadi mufti kerajaan untuk kota Kufah. Kerana sikap Imam Hanafi itu, Imam Abi Laila pun dilarang memberi fatwa.
Pada suatu hari Imam Hanafi dikeluarkan dari penjara kerana mendapat panggilan dari Al-Mansur, tetapi ia tetap menolak. Baginda bertanya, “Apakah engkau telah suka dalam keadaan seperti ini?”
Dijawab oleh Imam Hanafi: “Wahai Amirul Mukminin semoga Allah memperbaiki Amirul Mukminin.
Wahai Amirul Mukminin, takutlah kepada Allah, janganlah bersekutu dalam kepercayaan dengan orang yang tidak takut kepada Allah. Demi Allah saya bukanlah orang yang boleh dipercayai di waktu tenang, maka bagaimana saya akan dipercayai di waktu marah, sungguh saya tidak sepatutnya diberi jawatan itu.”
Baginda berkata lagi: “Kamu berdusta, kamu patut dan sesuai memegang jawatan itu.” Dijawab oleh Imam Hanafi: “Amirul Mukminin, sungguh baginda telah menetapkan sendiri, jika saya benar, saya telah menyatakan bahawa saya tidak patut memegang jawatan itu. Jika saya berdusta, maka bagaimana baginda akan mengangkat seorang maulana yang dipandang rendah oleh bangsa Arab. Bangsa Arab tidak akan rela diadili seorang golongan hakim seperti saya.”
Pernah juga terjadi, baginda Abu Jaffar Al-Mansur memanggil tiga orang ulama besar ke istananya, iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Sufyan ats Tauri dan Imam Syarik an Nakhaei. Setelah mereka hadir di istana, maka ketiganya ditetapkan untuk menduduki pangkat yang cukup tinggi dalam kenegaraan, masing-masing diberi surat pelantikan tersebut. Imam Sufyan ats Tauri diangkat menjadi kadi di Kota Basrah, lmam Syarik diangkat menjadi kadi di ibu kota. Adapun Imam Hanafi tidak mahu menerima pengangkatan itu di manapun ia diletakkan. Pengangkatan itu disertai dengan ancaman bahawa siapa saja yang tidak mahu menerima jawatan itu akan didera sebanyak l00 kali deraan.
Imam Syarik menerima jawatan itu, tetapi Imam Sufyan tidak mahu menerimanya, kemudian ia melarikan diri ke Yaman. Imam Abu Hanifah juga tidak mahu menerimanya dan tidak pula berusaha melarikan diri.
Oleh sebab itu Imam Abu Hanifah dimasukkan kembali ke dalam penjara dan dijatuhi hukuman sebanyak 100 kali dera. Setiap pagi dipukul dengan cambuk sementara dileher beliau dikalung dengan rantai besi yang berat.
Suatu kali Imam Hanafi dipanggil baginda untuk mengadapnya. Setelah tiba di depan baginda, lalu diberinya segelas air yang berisi racun. Ia dipaksa meminumnya. Setelah diminum air yang beracun itu Imam Hanafi kembali dimasukkan ke dalam penjara. Imam Hanafi wafat dalam keadaan menderita di penjara ketika itu ia berusia 70 tahun.
Imam Hanafi menolak semua tawaran yang diberikan oleh kerajaan daulah Umaiyyah dan Abbasiyah adalah kerana beliau tidak sesuai dengan corak pemerintahan yang mereka kendalikan. Oleh sebab itu mereka berusaha mengajak Imam Hanafi untuk bekerjasama mengikut gerak langkah mereka, dan akhirnya mereka seksa hingga meninggal, kerana Imam Hanafi menolak semua tawaran yang mereka berikan.

p/s : bersama kita renungi bagaimana teguhnya pendirian Imam Hanbali dalam menegakkan pendiriannya. Rela disiksa demi kerana tidak mahu menerima jawatan yang sudah pasti bakal menjadi fitnah dan malapetaka padanya di Akhiran nanti...bagaimana dengan kita???..Renung-renungkan lah...
Langgan:
Catatan (Atom)