Panduan Lengkap Permohonan Biasiswa/Pinjaman/Zakat






Assalamualaikum W.B.T. buat sahabat-sahabat ayng berada dan sedang menuntut di luar negara terutama di mesir. ini adalah sedikit maklumat yang ana boleh kongsi berkenaan pinjaman pelajaran JPA . Selamat mengambil manfaat..


Tarikh permohonan dibuka:
Sesi Pertama: 1 Februari
Sesi Kedua: 1 Julai
Tarikh permohonan ditutup:
Sesi Pertama: 1 Mac
Sesi Kedua: 1 Ogos
Konsep pinjaman
Cost-Sharing (JPA membiayai yuran pengajian sahaja)
* Lain-lain kos seperti bayaran yuran pengajian yang melebihi daripada jumlah pinjaman, sara hidup, rawatan kesihatan, tambang perjalanan, alat tulis, buku dan kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri
Jenis Pinjaman
  • Pinjaman Khas Perubatan RM250,000.00
- Pinjaman ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang-bidang kritikal (bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi)
- Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini boleh dikecualikan daripada membayar balik pinjaman tersebut sekiranya pelajar bersetuju mengikat kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama 10 tahun selepas menamatkan pengajian dengan jayanya.
  • Pinjaman Biasa RM200,000.00
- Pinjaman ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang-bidang keutamaan (Sains veterinar,Kejuruteraan,Senibina,Perakaunan) dan bidang-bidang lain (Ekonomi, Undang-undang, komunikasi, kewangan, perbankan)
- Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki untuk membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman selepas menamatkan pengajian.
Cara memohon
Langkah 1 > Dibuat secara online di Portal JPA (www.jpa.gov.my)
Langkah 2 > Penghantaran dokumen-dokumen sokongan secara pos ke alamat JPA selewat-lewatnya 10 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan.
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya
(u/p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)
Tel :03-8885 3436 / 3892 / Faks :03-8889 2172 / E-mail : pinjaman.yuran@jpa.gov.my
Syarat memohon
  • Syarat Umum
- Warganegara Malaysia
- Berumur di bawah 25 tahun pada 1 Januari pada tahun semasa permohonan dibuat
- Belum mempunyai Ijazah Pertama
- Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar bukan merupakan peminjam/penjamin tegar kepada mana-mana skim pinjaman/biasiswa kerajaan
- Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar tidak mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman dan tidak disenaraihitamkan dalam mana-mana skim pinjaman kerajaan
- Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar tidak pernah melanggar mana-mana kontrak biasiswa kerajaan
- Hanya seorang daripada ahli keluarga sahaja yang layak mendapat pinjaman pada satu-satu masa
- Permohonan ahli keluarga yang lain hanya akan dipertimbangkan selepas peminjam sebelumnya telah membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 6 bulan.
- Bagi program berkembar, pinjaman hanya diberikan untuk tempoh pengajian di luar negara sahaja
  • Syarat Khusus
- Telah menyempurnakan pengajian tahun pertama di luar negara
- Tidak pernah gagal dalam mana-mana subjek pada tahun pertama
- Telah diterima masuk ke tahun dua pengajian di luar negara
- Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00 atau setaraf bagi peperiksaan tahun pertama di luar negara
- Mengemukakan keputusan peperiksaan tahun pertama semasa permohonan dikemukakan ke JPA
Dokumen-dokumen yang diperlukan
Slip pengesahan penerimaan online
Salinan kad pengenalan pemohon,ibubapa/penjaga & adik beradik
Salinan surat beranak pemohon,ibubapa/penjaga & adik beradik
Salinan passport pemohon
Salinan surat tawaran kemasukan ke university
Surat menyatakan maklumat kos yuran pengajian sepanjang pengajian
Salinan Sijil SPM/Sijil STPM/Matrikulasi/Diploma/A-Level
Salinan NOC (Non-Objection Certificate) dari KPT Malaysia
Salinan keputusan peperiksaan sekarang & tahun sebelumnya
Salinan slip gaji/penyata pencen ibubapa/penjaga
Salinan kad pencen ibubapa/penjaga
Salinan borang EA (Swasta) dan boring EC (Kerajaan) ibubapa/penjaga yang terkini & 2 tahun sebelumnya
Salinan bukti bagaimana pemohon boleh menanggung kos sara hidup dan lain-lain kos semasa mengikuti pengajian di luar negara. Cth: Salinan buku bank/lain lain
Tempoh proses permohonan
Selama 40hari bekerja dari tarikh tutup permohonan & permohonan tidak lengkap tidak akan diproses.
Keputusan permohonan
Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara online di portal JPA selepas tempoh memproses permohonan selesai.

0 comment: